32.7 C
Kuala Lumpur
Monday, March 27, 2023

KPM baik pulih gangguan capaian sistem aplikasi PBD

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil tindakan penambahbaikan pada peringkat rangka kerja (framework) pangkalan data dan pengaturcaraan aplikasi utama guru bagi pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) secara dalam talian.

KPM dalam kenyataan memaklumkan, langkah itu bagi meningkatkan kestabilan capaian melibatkan beberapa aplikasi utama iaitu Sistem Bersepadu KPM (MOEIS) dan Sistem Pengurusan Identiti (idMe) yang merupakan sistem Daftar Diri Tunggal (Single Sign On (SSO)) bagi setiap pengguna aplikasi KPM.

Menurutnya, sehingga hari ini, prestasi capaian adalah semakin baik, namun ia masih belum pulih sepenuhnya.

“Pemantauan prestasi capaian sistem dan tindakan pemulihan diteruskan secara rapat dan segera bagi memastikan isu gangguan capaian dapat diatasi secara menyeluruh.

“Para guru juga mempunyai tempoh sehingga 10 Mac depan untuk melaksanakan aktiviti perekodan dan pelaporan PBD sebagaimana yang termaktub dalam Jadual Kerja PBD Akhir Sesi Akademik 2022/2023,” katanya hari ini.

Baca juga:   Keputusan pentaksiran alternatif sekolah menengah 21 Mac ini

Jelas KPM lagi, gangguan capaian sistem itu mula dikesan pada 15 Januari lalu disebabkan trafik capaian amat tinggi daripada pengguna sistem iaitu para guru yang sedang melaksanakan PBD.

“KPM mengambil tindakan pemulihan interim pada pangkalan data serta sistem aplikasi terlibat dan dapat mengatasi salah satu isu yang dikenal pasti iaitu konflik capaian di antara idMe dan modul aplikasi MOEIS sehari berikutnya.

“Namun begitu, katanya, gangguan capaian kepada sistem dikesan berlaku semula secara tenggelam timbul (intermittent) pada 19 Januari lalu,” katanya.

Baca juga:   Jangan main sentimen negeri, kita semua rakyat Malaysia

Dalam pada itu, KPM menegaskan memahami kesulitan yang dihadapi oleh para guru dan memohon maaf atas masalah tersebut serta akan memastikan supaya prestasi capaian aplikasi KPM adalah di tahap yang cemerlang.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Azalina bentang RUU Kesalahan Seksual Kanak-Kanak

Rang Undang-Undang (RUU) Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 untuk melindungi kanak-kanak secara menyeluruh dibentang buat kali pertama di...

Lagi Artikel Berkaitan