32.7 C
Kuala Lumpur
Monday, March 27, 2023

Guru diminta henti budaya kritik melalui media sosial

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

GOLONGAN pendidik digesa menghentikan budaya memberi amaran atau kritikan kepada kerajaan menerusi media sosial sebaliknya diminta menggunakan saluran yang betul.

Gesaan itu disuarakan oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang menegaskan ruang kritikan konstruktif penting sebagai proses semak dan imbang.

“Ruang kritikan konstruktif penting sebagai proses semak dan imbang mengikut saluran, adab berbeza pandangan yang sentiasa meletakkan kepentingan serta kebajikan murid-murid, para guru dan tonggak profesionalisme yang memandu penjawat awam,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Fadhlina mengulas kritikan yang dibuat seorang guru pendidikan khas, Hasmadi Hamdan terhadap Kementerian Pendidikan menerusi media sosial sehingga diberikan amaran oleh pegawainya.

Guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan Reko, Kajang menyuarakan keluhan dalam media sosial berhubung ketiadaan wakil guru Pendidikan Khas dalam Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK) yang dilantik baru-baru ini.

Baca juga:   Banjir: Tarikh buka sekolah penggal 3 ditangguh seminggu

Sementara itu, Fadhlina berkata, beliau amat memahami keluhan yang disampaikan oleh guru tersebut kerana baginya guru pendidikan khas adalah barisan hadapannya dalam membangun konsep madani dalam bidang tersebut.

“Guru pendidikan khas adalah barisan hadapan saya dalam membangun konsep madani dalam pendidikan khas. Kebimbangan beliau adalah kebimbangan saya,” katanya.

Fadhlina berkata, pendekatan administratif yang baik hanya boleh dicapai, apabila wujud ketelusan di peringkat bilik darjah, sekolah dan pejabat pendidikan. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Azalina bentang RUU Kesalahan Seksual Kanak-Kanak

Rang Undang-Undang (RUU) Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 untuk melindungi kanak-kanak secara menyeluruh dibentang buat kali pertama di...

Lagi Artikel Berkaitan