26.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 23, 2023

Pemilik, tekong, kru warga asing didenda RM5,000

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MAHKAMAH Majistret Kuala Selangor hari ini menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM 5,000 kepada pemilik bot nelayan kelas C bernombor pendaftaran PKFB 1761.

Tertuduh, Hen Chin Tuang 58, turut berhadapan dengan hukuman penjara lima bulan.

Hukuman berkenaan dikenakan dari tarikh sebutan kes ke atas lima warga asing semalam.

Hakim Mahkamah Majistret Kuala Selangor, Siti Hajar Ali membuat keputusan itu selepas tertuduh, yang merupakan warga tempatan mengaku bersalah di bawah Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 iaitu menggajikan pekerja warga asing tanpa kebenaran bertulis dari Ketua Pengarah Perikanan.

Manakala tekong dan kru warga asing seramai lima orang berusia antara 31 hingga 54 tahun mengaku bersalah di bawah Seksyen 6 (1) ( c ) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tiada dokumen pengenalan diri yang sah.

Terdahulu, pada 14 Januari 2023, Maritim Malaysia Negeri Selangor telah menahan lima warga asing yang bekerja di atas bot nelayan tempatan Kelas C di sekitar perairan Sungai Besar, pada sekitar jam 12.50 tengah hari.

Baca juga:   Kapal pengawal pantai China ceroboh perairan Malaysia

Kes telah dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Maritim Negeri Selangor, Noor Syazwani Muhammad Sobri. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Kejar pahala, jangan siakan dengan pembaziran – Agong

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihati umat Islam agar mengejar pahala bulan Ramadan serta tidak mensia-siakan bulan...

Lagi Artikel Berkaitan