26.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 23, 2023

Jawatan TPM budi bicara Perdana Menteri – Isham Jalil

Daripada sibuk dengan kes mahkamah orang lain dan pemimpin UMNO, saya saran supaya Ahmad Faizal atau rakan-rakan dalam parti bersedia untuk dihadap ke mahkamah pula selepas ini.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TIMBALAN Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu diingatkan agar tidak mendahului keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menentukan tugas timbalannya.

Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil berkata, ini kerana jawatan yang digalas Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu adalah hak dan budi bicara Perdana Menteri.

“Faizal Azumu, saya cadang supaya kamu tidak perlu sibuk berkenaan urusan jawatan Timbalan Perdana Menteri, jawatan ini adalah hak dan budi bicara Perdana Menteri untuk menentukan, bukannya kamu atau parti kamu PPBM.

“Daripada sibuk dengan kes mahkamah orang lain dan pemimpin UMNO, saya saran supaya kamu atau rakan-rakan dalam parti kamu bersedia untuk dihadap ke mahkamah pula selepas ini.

Baca juga:   Bukan mudah pulih sokongan terhadap UMNO - Isham Jalil

“Kamu akan menjadi kluster mahkamah 2.0 kini akibat kes rasuah pengundi dan skandal penyalahgunaan dana kerajaan yang terbesar dalam sejarah Malaysia.

“Sebab sebelum ini semasa parti kamu dalam kerajaan, puak-puak kamu banyak terlepas dari pendakwaan kes jenayah apabila wakil-wakil rakyat kamu melompat parti.

“Adakah kamu rasa kamu atau rakan-rakan kamu akan dapat terlepas begitu sahaja lagi kali ini dengan mengalih perhatian kepada isu orang lain dan dengan memanggil rasuah kamu itu sedekah?

“Rakyat tidak akan lupa kes-kes ini. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Kamu perlu fokus kepada masalah kritikal kamu dan parti kamu ini,” katanya.

Baca juga:   Rezeki penjawat awam menang Proton X50 di AKM

Ujar beliau, sesiapa yang melakukan jenayah dan rasuah tidak boleh terlepas dari pengadilan, di dunia atau di akhirat.

Terdahulu, Ahmad Faizal menggesa tugas Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri direhatkan.

Ahmad Faizal berkata, tindakan itu perlu bagi memastikan perbicaraan yang melibatkan Ahli Parlimen Bagan Datuk itu tidak menghadapi sebarang gangguan atau kelewatan.

Gesaan itu dibuat selepas Ahmad Zahid membuat permohonan kepada mahkamah supaya pasport beliau dikembalikan. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Kejar pahala, jangan siakan dengan pembaziran – Agong

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihati umat Islam agar mengejar pahala bulan Ramadan serta tidak mensia-siakan bulan...

Lagi Artikel Berkaitan