26.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 23, 2023

Beting Patinggi Ali milik Malaysia, tidak iktiraf sebarang tuntutan

Mesti Baca

BETING Patinggi Ali di Baram, Sarawak adalah hak milik Malaysia dan negara tidak pernah mengiktiraf sebarang tuntutan daripada pihak-pihak lain.

Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan berkata, ini kerana Beting Patinggi Ali berada dalam kawasan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) Malaysia.

“Dari sudut geografi, Beting Patinggi Ali terletak pada kedudukan 84 batu nautika (155 km) dari pantai Miri (spesifiknya di Tanjung Baram), Sarawak dan terletak dalam kawasan perairan ZEE Malaysia,” kata kenyataan itu hari ini.

Kementerian Pertahanan mengambil maklum mengenai laporan media pada 25 Januari lalu mengenai tuntutan kawasan beting yang terletak di Laut China Selatan itu.

Kementerian itu berkata, pihaknya sentiasa memastikan kedaulatan negara agar terus dipelihara dan sentiasa menjadi keutamaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Sebelum ini, China dilapor telah menuntut hak terhadap beting pasir tersebut yang dianggap mempunyai kedudukan yang strategik di Laut China Selatan.

Baca juga:   Dulang 2 emas: PM ucap tahniah kepada Aniq, Aznil

Laporan media menyebut kapal-kapal ronda dari negara itu telah beberapa kali menceroboh beting pasir atau Luconia Shoals tersebut. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Kejar pahala, jangan siakan dengan pembaziran – Agong

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihati umat Islam agar mengejar pahala bulan Ramadan serta tidak mensia-siakan bulan...

Lagi Artikel Berkaitan