26.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 23, 2023

Mohamad Sabu jamin tahap keterjaminan makanan stabil

Mohamad berharap kita semua terus bekerja keras menambah bekalan makanan dalam negara.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MENTERI Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu memberi keyakinan bahawa kedudukan tahap keterjaminan makanan di Malaysia masih berada pada tahap stabil.

Bagaimanapun katanya, Malaysia mesti berusaha untuk meningkatkan lagi tahap sara diri (SSL) negara.

“Saya berharap kita semua terus bekerja keras menambah bekalan makanan dalam negara.

“Ini supaya kita tidak perlu lagi bergantung kepada produk import di masa hadapan,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau.

Justeru, Mohamad meminta kakitangan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) tidak menyalahkan rakyat susulan kemarahan mereka terhadap peningkatan harga makanan.

Baru-baru ini, media melaporkan isu kekurangan bekalan minyak masak paket dan telur masih belum menemui titik penyelesaian apabila bahan mentah itu masih sukar diperoleh.

Baca juga:   Kamarudin hasilkan 'robot' pembakar lemang

Rata-rata peniaga yang ditemui di sekitar Lembah Klang mengeluh kerana perniagaan mereka terganggu berikutan kekurangan bekalan itu di pasaran. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Kejar pahala, jangan siakan dengan pembaziran – Agong

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihati umat Islam agar mengejar pahala bulan Ramadan serta tidak mensia-siakan bulan...

Lagi Artikel Berkaitan