29.2 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

KESEDAR, JAKOA diminta ambil tindakan baiki jambatan uzur

Jambatan tersebut bukanlah satu-satunya laluan keluar masuk yang ada di kawasan tersebut, tetapi pihak JAKOA telah membina sebuah jalan konkrit di sebelah belakang kawasan kampung.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

LEMBAGA Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Negeri Kelantan diminta untuk mengambil tindakan segera bagi memperbaiki jambatan uzur yang menjadi laluan hampir 500 penduduk orang asli berhampiran Kampung Orang Asli Brooke Lama, POS Brooke .

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, tindakan penambahbaikan perlu dilakukan demi penduduk di situ.

“Saya amat prihatin setelah membaca sebuah artikel berkenaan keadaan jambatan uzur yang berdepan risiko keselamatan termasuk kehilangan nyawa di Gua Musang, Kelantan.

“Seperti yang dilaporkan, hampir 500 penduduk orang asli berhampiran Kampung Orang Asli Brooke Lama, POS Brooke yang mengguna-pakai jambatan tersebut untuk pelbagai tujuan termasuklah menghantar anak ke sekolah,”katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau memberi maklum balas tersebut susulan daripada laporan media tempatan mengenai keadaan jambatan uzur yang digunakan oleh penduduk orang asli di kawasan sekitar.

Advertisements

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, berikutan itu, pihak kementerian telah melakukan siasatan.

“Saya kemudiannya telah dimaklumkan jambatan tersebut bukanlah satu-satunya laluan keluar masuk yang ada di kawasan tersebut, tetapi pihak JAKOA telah membina sebuah jalan konkrit di sebelah belakang kawasan kampung yang seterusnya bersambung dengan jalan berturap tar menuju ke KOA Liak dan Kuala Rengil.

“Jalan konkrit tersebut merupakan laluan utama dan boleh diakses oleh kereta, pacuan empat roda dan motosikal.

“Namun begitu, saya telah meminta pihak KESEDAR dan JAKOA Negeri Kelantan untuk mengambil tindakan segera dan sekiranya memerlukan proses baikpulih atau penambahbaikan ia akan dilakukan demi keselamatan penduduk di situ,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan