24.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

APAD, Grab Malaysia diminta bincang penurunan kadar tambang

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MENTERI Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook akan meminta Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan Grab Malaysia berbincang susulan isu penurunan kadar tambang per kilometer yang diambil bagi rakan penghantar.

Beliau berkata, setakat ini pihak kementeriannya belum menerima apa-apa maklumat lanjut mengenai isu tersebut.

Bagaimanapun, beliau akan segera meminta APAD mendapatkan laporan penuh daripada Grab Malaysia di samping berbincang dengan pihak Grab.

“Penurunan kadar bayaran tersebut adalah langkah komersial yang diambil syarikat perkhidmatan e-hailing itu.

“Itu keputusan komersial (turunkan kadar tambang) Grab. Kita belum ada apa-apa maklumat lagi,”katanya dalam sidang media di sini.

Advertisements

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Ops Bersepadu sempena Perayaan Tahun Baru Cina Peringkat Kebangsaan di kawasan Rehat & Rawat Dengkil (arah utara).

Hadir sama Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Berkuatkuasa semalam, Grab menaikkan tambang daripada 20 sen kepada 43 sen, manakala tambang sekilometer dikurangkan daripada 70 sen kepada 25 sen.

Menurut Grab, kadar tambang disemak semula untuk memberikan bayaran lebih berbaloi bagi masa diambil untuk melengkapkan perjalanan, dan kurang bagi jarak perjalanan.

Bagaimanapun, pemandu grab meluahkan rasa tidak puas hati terhadap penurunan tambang sekilometer daripada 70 sen kepada 25 sen kerana didakwa tidak berbaloi. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan