36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Muhyiddin dakwa Yang Dipertua Dewan Rakyat terkhilaf

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PRESIDEN Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa Yang Dipertua Dewan Rakyat telah terkhilaf selepas memutuskan tidak berlaku kekosongan di empat kerusi Parlimen dimenangi bekas ahli parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu.

Ujar beliau, keputusan yang dibuat Datuk Johari Abdul adalah berdasarkan tafsiran beliau mengenai Fasal 10.2.3 Perlembagaan Bersatu yang menyatakan seorang ahli gugur keahliannya secara serta-merta apabila menyertai mana-mana parti politik lain.

Menurut Ahli Parlimen Pagoh itu, fasal berkenaan tidak terpakai kepada empat Ahli Dewan Rakyat tersebut kerana mereka adalah ahli Bersatu dan Bersatu adalah pengasas serta parti komponen GRS pada masa itu.

“Justeru, GRS tidak boleh ditafsirkan sebagai “parti politik lain” mengikut semangat dan intipati Fasal 10.2.3 Perlembagaan Bersatu.

“Saya percaya Yang Dipertua Dewan Rakyat telah terkhilaf dalam membuat tafsiran Perlembagaan Bersatu dan dengan itu keputusannya juga adalah terkhilaf. Yang Dipertua Dewan Rakyat bukanlah pihak yang mempunyai kuasa untuk mentafsir Perlembagaan Bersatu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujar Muhyiddin lagi, selain itu, surat daripada Setiausaha Badan Pimpinan Bersatu Negeri Sabah bertarikh 3 November tahun lalu jelas menyenaraikan empat Ahli Dewan Rakyat tersebut adalah calon GRS dari parti Bersatu.

Menurutnya, ini bermakna, penyertaan mereka sebagai ahli langsung GRS tidak menjejaskan keahlian mereka dalam Bersatu ketika mereka bertanding dalam PRU-15 yang lalu.

“Surat tersebut telah diserahkan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat untuk membantu beliau membuat keputusan.

“Jika pun terdapat perselisihan dalam mentafsir Fasal 10.2.3 Perlembagaan Bersatu, Fasal 27 Perlembagaan Bersatu memperuntukkan kuasa untuk memberikan tafsiran yang muktamad terletak pada Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu.

Maka menurut Muhyiddin, hanya MPT Bersatu boleh menentukan sama ada empat Ahli Dewan Rakyat tersebut telah gugur keahlian mereka serta-merta apabila mereka menyertai GRS.

“Fakta juga jelas menunjukkan bahawa mantan Ketua Badan Pimpinan Bersatu Negeri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor hanya mengisytiharkan keluar parti pada 10 Disember lalu.

“Tindakan menyeberang lantai (crossing the floor) empat Ahli Dewan Rakyat berkenaan juga berlaku pada 19 Disember tahun lalu yang mana kedua-dua perbuatan ini mengakibatkan keguguran keahlian mereka dalam Bersatu di bawah Perkara 10.2.2 dan 10.2.3 Perlembagaan Bersatu selepas PRU-15.

“Adalah jelas Yang Dipertua Dewan Rakyat telah membuat tafsiran khilaf berkenaan Perkara 49A (3) Perlembagaan Persekutuan.

Menurutnya, memandangkan kuasa mentafsirkan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang terletak pada mahkamah, maka Bersatu akan merujuk perkara ini ke mahkamah supaya keluhuran undang-undang sentiasa terpelihara.

“Saya percaya mahkamah adalah tempat yang sesuai untuk mendapatkan keadilan dalam hal ini memandangkan Yang Dipertua Dewan Rakyat daripada parti Pakatan Harapan adalah pihak yang berkepentingan,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan