28.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Hujah pihak tertentu ‘restui’ Nurul Izzah tidak boleh terima

Adakah ini akan menjadi kebiasaan baharu dalam tadbir urus kerajaan?

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

HUJAH pihak tertentu yang ‘merestui’ Nurul Izzah dilantik sebagai Penasihat Ekonomi dan Kewangan kepada bapanya yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai sesuatu yang tidak boleh diterima.

Naib Presiden Bersatu, Datuk Dr Radzi Jidin bimbang sekiranya perkara itu tidak dibendung, pelantikan ahli keluarga dalam kalangan pemimpin tertinggi negara kelak akan menjadi amalan biasa dalam tadbir urus kerajaan.

“Nurul Izzah bukan terima gaji pun sebagai Penasihat Ekonomi dan Kewangan kepada ayahnya di Kementerian Kewangan. Jadi, apa salahnya?

“Sekiranya itu hujah yang digunakan, adakah bermakna selepas ini Timbalan Perdana Menteri, Menteri, Timbalan Menteri boleh melantik anak isteri mereka sebagai penasihat tanpa gaji di kementerian masing-masing atas pelbagai justifikasi?

“Adakah ini akan menjadi kebiasaan baharu dalam tadbir urus kerajaan?,” katanya menerusi kenyatan ringkas di Facebook.

Semalam media melaporkan, Nurul Izzah yang juga bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh, dilantik sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada bapanya sejak 3 Januari lalu.

Tindakan Anwar melantik Nurul Izzah itu bagaimanapun dikritik pelbagai pihak yang beranggapan ia ‘berbau’ nepotisme dan bertentangan dengan apa yang ditentang sebelum ini.

Bagaimanapun, Perdana Menteri mempertahankan lantikan itu kerana mendakwa ia dibuat atas dasar pelawaan dan tanpa elaun. – Edisi 9

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan