32.7 C
Kuala Lumpur
Monday, March 27, 2023

Dr Mahathir, isteri luang masa dengan bekas warga kerja PMO

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TUN Dr Mahathir Mohamad berkesempatan meluangkan masa melawat sebahagian bekas warga kerja Pejabat Perdana Menteri (PMO) yang pernah berkhidmat dengannya sebelum ini.

Dr Mahathir berkata, beliau bersama isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali bertemu sebahagian bekas kakitangan yang pernah bertugas di jabatan itu ketika beliau menjadi Perdana Menteri keempat dan ketujuh.

“Hujung minggu baru ini saya dan Hasmah meluangkan masa bersama sebahagian bekas warga kerja Pejabat Perdana Menteri.

“Mereka bersama saya ketika kali pertama dan kedua saya berkhidmat sebagai PM.

“Setelah 42 tahun berlalu, sudah pasti ada yang sudah pergi dijemput Allah. Ada juga yang masih berkhidmat di pejabat saya hingga ke hari ini.

“Saya gembira dapat bersama dengan mereka semua,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Dalam masa sama, Dr Mahathir berkata, banyak kenangan yang diperolehi di samping kakitangan jabatan itu ketika beliau berkhidmat untuk membangunkan negara.

Baca juga:   Pengamal media berkampung, pantau perkembangan Tun M

Katanya, Malaysia membangun dari negara pertanian ke negara industri adalah hasil kerja kuat baik pemimpin dan juga kakitangan pejabat.

“Tanpa usaha yang gigih, kita tidak mungkin capai kemajuan hari ini. Kejayaan ini adalah kejayaan bersama.

“Alhamdulillah dan terima kasih kepada semua yang bersama semasa susah mahupun senang. Semoga jumpa lagi,”katanya. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Tun M dakwa orang Melayu miskin selepas tidak lagi jadi PM

Tun Dr. Mahathir Mohamad mendakwa orang Melayu menjadi lebih miskin selepas beliau tidak lagi menjadi Perdana Menteri.  Menurut Dr.Mahathir, beliau...

Lagi Artikel Berkaitan