24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Anak Najib tawar diri tanding Naib Ketua Pemuda UMNO

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

ANAK bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Mohd Nazifuddin menawarkan diri bertanding jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO pada pemilihan parti akan datang.

Mohd Nazifuddin, 39, yang juga ahli Pemuda UMNO Bahagian Langkawi berkata, beliau sedar cabaran utama adalah menarik minat dan sokongan orang muda untuk kembali kepada UMNO.

“Oleh itu saya bersedia mendepani perkara utama ini. Saya mahu membantu Pemuda UMNO terutamanya bagi menarik golongan muda bersama-sama memperkukuhkan wadah perjuangan berkenaan.

“Sebagai seorang ahli dalam persatuan sukan, saya merasakan ianya satu kelebihan untuk mendampingi golongan muda seterusnya mendorong mereka bersama kita (UMNO),” katanya dalam Facebook, semalam.

Sebelum ini Mohd Nazifuddin tidak menonjol dalam radar politik berbanding abangnya Datuk Mohd Nizar yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Peramu Jaya dan Exco Kerajaan Negeri Pahang.

Ujar Mohd Nazifuddin lagi, dia ingin menyumbangkan kudrat dalam memartabatkan kegiatan sukan, mencungkil bakat dan kemahiran, meninggikan taraf ekonomi serta kepelbagaian aktiviti berfaedah untuk golongan muda.

Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM) itu berkata, jika diberi peluang menjawat jawatan berkenaan, beliau akan memfokuskan kepada golongan pengundi lepasan sekolah supaya mereka dapat membantu UMNO untuk memenangi pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Advertisements

“Keutuhan berpasukan, persepaduan dan kesepakatan dalam setiap gerak kerja amatlah diperlukan.

“Sebagai ahli parti, sudah pastinya ini elemen utama yang menjadi inti pati yang sekian lama menjadi didikan pada diri saya. Boleh saya sumbangkan kembali kepada parti yang telah banyak berjasa ini.

“Bukan sahaja untuk orang Melayu malahan kepada keseluruhan rakyat Malaysia juga. Maka dengan penuh rendah hati, saya mohon sokongan dari seluruh sahabat Pemuda UMNO seluruh Malaysia,” katanya.

Jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO disandang Shahril Hamdan, bagaimanapun beliau digantung enam tahun oleh parti berkenaan pada Jumaat lalu.

Pemilihan UMNO akan dimulakan dengan mesyuarat dan pemilihan bagi jawatankuasa Cawangan, Pemuda, Wanita dan Puteri Cawangan mulai 1 Februari ini.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan