26 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Gangguan LRT: DBKL arah henti kerja projek Menara Soho

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengarahkan projek pembinaan bangunan Menara Soho di Jalan Raja Laut dihentikan kerja serta-merta berikutan berlaku gangguan perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) baru-baru ini.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah berkata, Arahan Memberhentikan Kerja itu diserahkan kepada Tetuan Persekutuan Seruan Islam (Jam’iyah) Selangor dan Wilayah Persekutuan selaku pemilik projek bangunan 44 tingkat itu.

Menurut beliau, keputusan itu dibuat hasil mesyuarat bersama wakil Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dan beberapa jabatan dalaman DBKL pada Sabtu lalu.

“Arahan ini dibuat sebagai langkah keselamatan bagi memastikan APAD dan agensi berkaitan dapat menjalankan siasatan, penelitian, seterusnya mengenal pasti punca gangguan yang berlaku baru-baru ini.

“Projek tersebut kini hanya di peringkat awalan iaitu membabitkan kerja-kerja tanah di luar daripada kawasan zon 1 dan zon 2 (zon perlindungan),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisements

Ujar Mahadi, DBKL menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) akan membabitkan pihak APAD dan Prasarana bagi mendapatkan pandangan mereka khususnya membabitkan pembangunan berhampiran zon keselamatan kereta api.

Pada 27 Januari lalu, perkhidmatan LRT bagi Laluan Ampang mengalami kelewatan atas faktor keselamatan apabila landasan berhampiran stesen LRT Bandaraya bengkok.

Rapid Rail Sdn Bhd mendapati ia ekoran kerosakan struktur jejambat di kawasan berkenaan dipercayai akibat kerja-kerja pembinaan bersebelahan dengan kawasan tersebut.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan