Thursday, July 23, 2026

Khairy takkan merayu keputusan MKT

Khairy turut menyatakan tiada dendam yang disimpan terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BEKAS Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menegaskan beliau tidak akan merayu keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) memecatnya daripada parti itu.

Menurutnya, tiada guna untuk beliau berbuat sedemikian kerana sudah jelas pihak yang mahu beliau keluar dari UMNO masih dalam parti berkenaan.

Khairy yang juga merupakan bekas Menteri Kesihatan berkata demikian ketika ditemu bual dalam program Breakfast Grille bersama radio BFM pagi ini, lapor Berita Harian.

Dalam pada itu, Khairy turut menyatakan tiada dendam yang disimpan beliau terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan masih menganggapnya sebagai rakan.

Jumaat lalu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, dilaporkan mengesahkan Khairy Jamaluddin dan bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan SrI Noh Omar, dipecat daripada UMNO.

Menurut Ahmad Maslan, kedua-dua individu terbabit dipecat parti disebabkan pelanggaran disiplin parti mengikut Perlembagaan UMNO atas kesalahan ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan