25 C
Kuala Lumpur
Thursday, February 9, 2023

Filem Pulau bukan filem porno – LPF

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

LEMBAGA Penapisan Filem (LPF) menegaskan filem Pulau adalah merupakan sebuah filem seram dan bukan filem pornografi seperti yang digembar-gemburkan.

Bagaimanapun LPF dalam satu kenyataan mendapati terdapat perbezaan antara kandungan treler filem Pulau yang dikongsikan di dalam media sosial dengan kandungan yang dikemukakan untuk penapisan.

Menurut kenyataan itu lagi, treler filem berkenaan sudah pun ditayangkan secara dalam talian.

“LPF mengambil maklum akan isu yang berbangkit bagi filem bertajuk Pulau yang semakin mendapat perhatian dalam kalangan masyarakat umum setelah promosi filem ini dimulakan melalui perkongsian poster dan sedutan treler filem menerusi media sosial.

“Namun, didapati kandungan yang ditayang tersebut adalah di luar bidang kuasa LPF,” katanya hari ini.

Ujar LPF lagi, pihaknya telah melaksanakan tugas berdasarkan Akta Penapisan Filem 2002 [Akta 620] yang menetapkan fungsi penapisan filem dan bahan publisiti filem yang disiarkan, dipamerkan, disebarkan, ditayangkan, diedarkan atau dipancarkan secara fizikal (konvensional) kepada masyarakat umum di Malaysia, kecuali melalui internet.

Baca juga:   PRU-15: Kesiapsiagaan agensi di bawah KDN di tahap tinggi

“Di dalam mengeluarkan sesuatu keputusan ke atas penapisan kandungan filem dan bahan publisiti filem, LPF akan meneliti dan memberikan perhatian khusus berpandukan kepada Garis Panduan Penapisan Filem (GPPF) Kementerian Dalam Negeri 2010.

“Ia merangkumi aspek-aspek seperti keselamatan dan ketenteraman awam, keagamaan, sosio budaya dan ketertiban dan ketatasusilaan,” katanya.

LPF dalam pada itu menegaskan sentiasa peka dengan tata susila serta sosio budaya masyarakat Malaysia dan melaksanakan penapisan filem sebagaimana yang ditetapkan dalam garis panduan.

Baca juga:   Ancaman Israel: Malaysia pertingkat kawalan keselamatan

“LPF menghargai pandangan dan maklum balas berkenaan dengan penapisan filem di negara ini. LPF juga sentiasa mengalu-alukan pandangan daripada semua pihak terutamanya pandangan yang bersifat konstruktif berdasarkan kepada keseluruhan kandungan sesuatu filem,” katanya. 

Terdahulu, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berpendapat treler filem bergenre seram ‘Pulau’ tidak sesuai untuk ditayangkan.

Fahmi berkata, bagaimanapun beliau tidak boleh bercakap bagi pihak LPF yang berada di bawah naungan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Musim meroyan dalam kalangan bekas pemimpin UMNO

AHLI Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi secara sindiran mengatakan musim meroyan dapat dilihat berlaku...

Lagi Artikel Berkaitan