24 C
Kuala Lumpur
Saturday, February 4, 2023

Umrah: Mahkamah benar Isa Samad dapatkan sementara pasport

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

MAHKAMAH Rayuan di Putrajaya hari ini membenarkan permohonan bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad untuk mendapatkan sementara pasport bagi membolehkannya menunaikan ibadah umrah pada bulan depan.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Seri Kamaludin Md. Said turut mengarahkan agar pasport berkenaan dikembalikan kepada mahkamah pada 7 Mac ini.

Pada tarikh sama (7 Mac), mahkamah akan mendengar rayuan Mohd. Isa terhadap sabitan dan hukuman enam tahun penjara serta denda bagi kesalahan rasuah berkaitan pembelian sebuah hotel di Sarawak.

Terdahulu, Hakim Kamaludin yang bersidang bersama Datuk Hashim Hamzah dan Datuk Azman Abdullah membenarkan permohonan Mohd. Isa selepas mendengar hujahan peguamnya, Mohamed Baharudeen Mohamed Ariff yang menyatakan anak guamnya akan menunaikan umrah pada 10 hingga 23 Februari ini.

Pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Afzainizam Abdul Aziz tidak mengemukakan sebarang bantahan terhadap permohonan tersebut.

Baca juga:   PKPD: 21 lokaliti di Terengganu, 2 lagi di Sabah

Untuk rekod, pada 3 Februari 2021, Mohd Isa, 74, disabitkan atas sembilan pertuduhan rasuah berjumlah RM3 juta berkaitan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites di Kuching, Sarawak oleh Felda

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Tingkat 49, Menara FELDA, Platinum Park, No 11, Persiaran KLCC, di sini antara 21 Julai 2014 hingga 11 Disember 2015.

Hakim Datuk Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali (kini merupakan Hakim Mahkamah Rayuan), menjatuhi hukuman penjara enam tahun bagi setiap pertuduhan menjadikan jumlah keseluruhan 54 tahun serta denda RM15.45 juta atau dipenjara 18 tahun jika gagal membayar denda berkenaan.

Baca juga:   Keputusan rayuan kes rasuah Azeez Rahim ditangguh lagi

Mahkamah menaikkan jumlah jaminan daripada RM800,000 kepada RM1.5 juta, di samping menetapkan tertuduh perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan setiap bulan hingga rayuan selesai. 

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Lagi Artikel Berkaitan