23.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 22, 2024

Bukan pengundi hantu, itu pegawai Skuad Sabil – Ahmad Maslan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

DAKWAAN wujud pengundi hantu yang dibawa masuk untuk meluluskan usul dua jawatan tertinggi dalam parti tidak dipertandingkan disifatkan sebagai tuduhan jahat, liar dan fitnah semata-mata.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menafikan sekeras-kerasnya dakwaan wujudnya pengundi hantu bagi meluluskan usul tambahan berkenaan semalam.

Menurutnya, Pengerusi Tetap Umno, Tan Sri Badruddin Amiruddin juga diminta mengarahkan sesiapa yang tidak berkenaan keluar termasuk sekiranya terdapat bukan ahli perwakilan berada di dalam dewan.

“Diyakini 100 peratus tuduhan itu adalah tidak benar dan tuduhan liar semata-mata.

“Kad yang tertera gambar perwakilan dipakai sepanjang persidangan dan jiran-jiran kerusi perwakilan saling mengenali malah pengacara juga umumkan supaya perwakilan duduk di kerusi masing-masing yang telah ditetapkan.

“Mengenai satu video tular yang menuduh beberapa individu sebagai pengundi hantu, Ketua Pemuda Umno, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki sudah mengesahkan itu adalah pegawai-pegawai Skuad Sabil dalam kalangan Ketua Pemuda yang diamanahkan untuk mengurus dan menjaga keharmonian dalam dewan dan luar Dewan Merdeka ketika Perhimpunan Agung Umno (PAU) berlangsung.

“Lokasi video itu ialah di Bilik Terengganu iaitu bilik yang dikhususkan kepada Sekretariat Skuad Sabil,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisements

Semalam, bekas Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dilaporkan mendakwa wujud komplot ‘Langkah Dewan Merdeka’ untuk meluluskan usul tambahan supaya dua jawatan tertinggi Umno tidak dipertandingkan dalam pemilihan akan datang.

Khairy dilaporkan mendakwa, ‘tag’ (tanda) pada kerusi dalam Dewan Merdeka yang dikhaskan untuk perwakilan Umno ditanggalkan sebagai usaha membawa masuk ‘perwakilan import’ bagi meluluskan usul tambahan berkenaan.

Dalam pada itu, Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata, berkenaan usul tambahan itu pula bukan usul haram seperti tuduhan.

“Setelah episod ucapan dan cadangan Wakil Negeri Sembilan yang disokong oleh wakil Terengganu, saya telah meminta nasihat peguam-peguam UMNO. Mereka menyatakan kaedah usul itu dibolehkan seperti peraturan Persidangan UMNO Perkara 20.

“Urusetia telah melaksanakan Perhimpunan Agung UMNO, PAU2022 dengan penuh cermat, teratur dan tahap kecekapan yang tinggi.

“Ayuhlah kita melangkah ke hadapan dengan slogan mulia Bersatu Bersetia – Berkhidmat,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

BN sedia letak calon di Nenggiri jika PRK diadakan – Zahid

BARISAN Nasional (BN) sedia untuk meletakkan calonnya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Kelantan jika...

Lagi Artikel Berkaitan