27.3 C
Kuala Lumpur
Friday, February 3, 2023

Anwar beri ‘restu’ Hajiji kekal KM Sabah

Kita beri ruang untuk Ketua Menteri berbincang dan mencari satu formula yang baik untuk kebaikan negeri Sabah.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi ‘restu’ kepada Datuk Seri Hajiji Noor kekal sebagai Ketua Menteri Sabah.

Bagaimanapun, Anwar dalam masa sama mahu memberi ruang kepada Hajiji untuk mencari formula yang baik demi kebaikan Sabah.

“Penyelesaian kemelut politik Sabah di tangan pemimpin Sabah sendiri, kita hanya mampu beri nasihat.

“Ya, saya beri dia restu, dia adalah Ketua Menteri. Saya dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi juga sedang cari penyelesaian terbaik untuk kemelut politik Sabah,” katanya ketika ditemui pemberita selepas pertemuan dengan Hajiji di kediaman rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya, di sini, pada tengah malam Selasa.

Anwar berkata demikian ketika diminta mengulas hasil pertemuannya dengan Hajiji berikutan kemelut politik yang melanda Sabah ketika ini.

Baca juga:   Kes HFMD menurun tapi kekalkan langkah pencegahan

Beliau turut memaklumkan bahawa pandangan yang diberikan daripada rakan pimpinan dari Sabah adalah bagi memastikan kerajaan Sabah kukuh di bawah pimpinan Hajiji.

“Saya ucap terima kasih kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji dan rakan-rakan yang bersama mendengar semua pandangan dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kerana kita mahu kerajaan Sabah itu kukuh di bawah pimpinan Hajiji.

“Dan esok satu Rang Undang Undang (RUU) penting untuk kembalikan hak Sabah yang saya usulkan di jemaah menteri dan ini satu perubahan besar dan bagi saya ini satu keutamaan kemudian kita beri ruang untuk Ketua Menteri berbincang dan mencari satu formula yang baik untuk kebaikan negeri Sabah,” katanya.

Baca juga:   Bekalan sayur dari Cameron Highlands tidak terjejas

Sebelum itu, Perdana Menteri yang baru saja selesai mengadakan lawatan rasmi di Indonesia tiba di Kota Kinabalu untuk bertemu dengan pemimpin parti politik di negeri ini.

Pertemuan itu dipercayai bagi menyelesaikan kemelut politik melanda Sabah apabila Ketua Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin pada Jumaat mengumumkan bahawa UMNO dan BN Sabah menarik semula sokongan terhadap Hajiji sebagai Ketua Menteri Sabah.

Susulan daripada penarikan sokongan itu menyebabkan kerajaan yang ditubuhkan bersama Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bergolak apabila Hajiji didakwa sudah tidak mempunyai sokongan daripada sebahagian ADUN.

Baca juga:   Tohmahan terhadap Azam bermotif politik dendam

Bagaimanapun, Hajiji pada Ahad mendakwa bahawa beliau mendapat sokongan dan Akuan Bersumpah (SD) daripada 44 ADUN dan kekal sebagai Ketua Menteri Sabah. -BERNAMA

Wartawan

Terkini

Akaun beku: Bersatu perlu belajar daripada UMNO – Puad

AHLI Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menasihati Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk...

Lagi Artikel Berkaitan