25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Aliran trafik di lebuh raya utama perlahan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

ALIRAN trafik di beberapa lebuh raya utama negara dilaporkan perlahan setakat jam 5 petang tadi berikutan cuti sempena Tahun Baharu 2023, bakal berakhir hari ini.

Lembaga Lebuhraya Malaysia, menerusi kemaskini di Facebook memaklumkan trafik di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (arah barat) perlahan di Plaza tol Bentong ke Lentang.

LLM berkata trafik bergerak perlahan menghala ke Kuala Lumpur dari Genting Sempah ke Gombak akibat pertambahan kenderaan di laluan tersebut.

Sementara itu, trafik juga perlahan di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) (arah selatan) di laluan Kempas ke Dato’ Onn dan Plaza Tol. Sungai Besi ke UPM.

Advertisements

“Arah utara pula, trafik perlahan di laluan Pandan ke Dato’ Onn, Simpang Ampat ke Hentian Pedas Linggi dan Pedas Linggi ke Persimpangan Port Dickson.

“Trafik juga turut perlahan di Seremban ke Nilai dan Bangi ke Kajanh.

“Laluan Smartlane diaktifkan di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) di Kilometer (km) 259.3 sehingga KM 261.3 arah Utara dari Senawang ke Seremban.

“Lorong paling kiri boleh dilalui. Hati-hati memandu dan terima kaish atas kerjasama anda,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan