33.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Kenderaan bertambah, aliran trafik perlahan sempena TBC

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

ALIRAN trafik di beberapa lebuh raya utama sempena cuti perayaan Tahun Baharu Cina (TBC) arah utara perlahan namun masih terkawal.

Menerusi perkongsian di Facebook Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan, keadaan lalu lintas dari Lembah Klang menuju ke laluan utama lebuh raya bertol masih lancar.

Begitu juga di selatan, aliran trafik di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS), dan Lebuhraya Seremban-Port Dickson masih seperti biasa termasuk di plaza tol.

Trafik secara keseluruhannya masih lancar di sepanjang laluan utama Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) dan LPT2 termasuk lokasi sekitar plaza tol.

Bagaimanapun, trafik didapati bergerak perlahan di Kilometer 252.0 arah Utara (terowong ke Kuala Kangsar) susulan terdapat kemalangan namun, menyebabkan lorong kiri terhalang.

Setakat pukul 5.21 petang tadi, trafik juga perlahan arah timur (Kuantan), Genting Sempah ke Terowong Genting Sempah.

LLM turut memaklumkan, trafik perlahan di Senai ke Kulai (arah utara) menyebabkan pengaktifan ‘smart lane’ di antara laluan Senai Utara ke Kulai (KM 19 – KM 27 NB).

Trafik juga perlahan di R&R Seremban ke Senawang, Ayer Keroh (arah selatan) setakat pkul 4.40 petang tadi.

Dalam pada itu, aliran trafik menghala ke Pantai Timur mula meningkat pada petang Jumaat, namun pergerakan kenderaan masih dalam keadaan lancar dan terkawal.

Lebuhraya Pantai Timur (LPT) memaklumkan setakat jam 4 petang Jumaat, trafik perlahan sepanjang 1.7 Kilometer (KM) dari KM 35.6 hingga KM 37.2 arah Timur (Genting Sempah) berikutan pertambahan kenderaan.

Pengendali lebuh raya itu bagaimanapun berkata, trafik lancar di sepanjang lebuh raya bagi kedua-dua hala.

Pada masa sama, LLM turut menasihati pengguna agar merancang perjalanan masing-masing dengan bijaksana serta memandu dengan cermat bagi memastikan mereka selamat sampai ke destinasi ditujui.

Pengguna boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1-800-88-0000 dan laman Twitter https://www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di https://twitter.com/llmtrafik. – Edisi 9

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan