29.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

CUEPACS sambut baik pengecualian cukai ke atas bonus

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CUEPACS menyambut baik pengecualian cukai ke atas pemberian bonus atau bantuan khas kewangan kepada kakitangan awam di semua negeri sepertimana yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Presidennya Datuk Adnan Mat berkata, pertimbangan Perdana Menteri dalam perkara itu adalah munasabah dan amat memahami soal kebajikan penjawat awam. 

“Adalah tidak wajar jika ia tetap dikenakan cukai pendapatan memandangkan nilainya tidak begitu tinggi dan bersifat untuk membantu warga penjawat awam. 

“Bonus yang diterima itu juga sebenarnya bersifat bantuan khas diberikan oleh kerajaan negeri bagi memberi sedikit penghargaan serta meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh penjawat awam,” katanya dalam kenyataan, hari ini. 

Adnan berkata, CUEPACS juga yakin pengecualian cukai ini tidak akan menjejaskan pungutan kutipan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 

“Kebanyakan jumlah bonus yang diterima penjawat awam negeri termasuklah di peringkat Persekutuan tidaklah tinggi iaitu purata sekitar RM700 sehingga RM2,000 setiap seorang. 

“Sekiranya jumlah tersebut dikecualikan daripada cukai pendapatan, ia tidak menjejaskan hasil atau sasaran kutipan cukai oleh kerajaan. 

“Bahkan CUEPACS sendiri difahamkan bahawa kutipan cukai yang berjaya dikutip oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri telah berjaya melebihi sasaran yang ditetapkan pada 2022,” katanya. 

Terdahulu, Perdana Menteri mengumumkan pemberian bonus kepada kakitangan awam di seluruh negara akan dikecualikan cukai. 

Menurutnya, keputusan dibuat atas pertimbangan bahawa bonus penjawat awam adalah tidak tinggi dan tidak wajar dikenakan cukai. – Edisi 9

Terkini

Veto AS ke atas Palestin: Pengkhianatan terhadap keadilan

Oleh AZRIL MOHD AMIN DALAM tindakan terbaharu kedegilan diplomatik, Amerika Syarikat (AS) menggunakan kuasa vetonya untuk menggagalkan resolusi yang mahu...

Lagi Artikel Berkaitan