24 C
Kuala Lumpur
Friday, February 3, 2023

Agong, Permaisuri zahir ucapan tahniah kepada Michelle Yeoh

Baginda berdua turut menzahirkan rasa sukacita dan bangga di atas kejayaan Yeoh, yang sekali gus mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan tahniah kepada Tan Sri Michelle Yeoh atas kejayaan melakar sejarah, sebagai pelakon Malaysia pertama meraih trofi Pelakon Wanita Terbaik Muzikal/Komedi pada Anugerah Golden Globe di Los Angeles, Amerika Syarikat, hari ini.

Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut menzahirkan ucapan tahniah kepada aktres kelahiran Ipoh, Perak itu.

Menurut kenyataan di Facebook Istana Negara, baginda berdua turut menzahirkan rasa sukacita dan bangga di atas kejayaan Yeoh, yang sekali gus mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.

“Selain itu, ia juga sekali lagi membuktikan bahawa dengan iltizam, semangat perjuangan yang tinggi dan usaha yang bersungguh-sungguh, rakyat Malaysia mampu bersaing dan berjaya di peringkat antarabangsa,” menurut Istana Negara.

Baca juga:   Agong kurnia watikah pelantikan 11 ketua perwakilan Malaysia

Baginda berdua menzahirkan ucapan selamat maju jaya kepada Yeoh dan mendoakan semoga beliau dilimpahi kejayaan cemerlang berterusan.

Aktres berusia 60 tahun itu memenangi trofi Pelakon Wanita Terbaik Dalam Filem Muzikal atau Komedi menerusi filem lakonannya dalam filem Everything Everywhere All At Once.

Yeoh menewaskan calon lain termasuk Lesley Manville menerusi filem Mrs Harris Goes to Paris, Margot Robbie (Babylon), Anya Taylor-Joy (The Menu) dan Emma Thompson (Good Luck to You, Leo Grande). – BERNAMA

Wartawan

Terkini

Akaun beku: Bersatu perlu belajar daripada UMNO – Puad

AHLI Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menasihati Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk...

Lagi Artikel Berkaitan