26.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 17, 2024

7 langkah dapat kurangkan hutang negara – Ahmad Maslan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TUJUH langkah diyakini boleh dilakukan untuk mengurangkan hutang negara yang mencecah hampir RM1.5 trilion.

Perkara itu dinyatakan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan hutang negara termasuk liabiliti kini sudah mencecah hampir RM1.5 trilion.

Ahmad berkata, langkah pertama ialah dengan menambah pendapatan kerajaan, diikuti mengurangkan ketirisan seperti rasuah.

“Ketiga, mengetatkan penguatkuasaan seperti menghapuskan penyeludupan dan keempat, mengurangkan ekonomi gelap.

“Kelima, meningkatkan pendigitalan ekonomi, diikuti mengelakkan segala bentuk pembaziran dan terakhir ialah subsidi perlu bersasar,” katanya menerusi ciapan di Twitter, hari ini.

Bagaimanapun, Ahmad tidak memperincikan setiap langkah yang dikemukakannya dalam ciapan terbabit.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata, hutang negara termasuk liabiliti kini sudah mencecah hampir RM1.5 trilion dan usaha menanganinya wajar disegerakan.

Kedudukan hutang negara terkini itu menurut Perdana Menteri sudah mencecah melebihi 80 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Ia turut memberi kesan apabila Bajet Defisit akan lebih melebar daripada jangkaan awal iaitu 5.8 peratus daripada KDNK untuk tahun 2022.

“Masalah hutang negara kini sudah mencecah RM1.2 trilion dan jika ia termasuk liabiliti, ia menjadi RM1.5 trilion,” katanya dalam Majlis Dialog Belanjawan 2023 di Kementerian Kewangan. – Edisi 9

Terkini

26 warga asing ‘kosong’ ditahan di sekitar Johor Bahru

SEBANYAK 26 warga asing ditahan dalam operasi di sekitar Johor Bahru kerana dipercayai tidak memiliki dokumen yang sah dan...

Lagi Artikel Berkaitan