25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Tahun Baharu Cina: PM umum tol percuma 20 dan 21 Januari

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan berita gembira tol percuma buat rakyat yang ingin pulang ke kampung sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Inisiatif kerajaan itu adalah bagi mengurangkan beban rakyat dengan menawarkan tol percuma pada 20 dan 21 Januari depan.

Menurut beliau, perkara itu diputuskan selepas Menteri Pengangkutan dan Menteri Kerja Raya mengambil inisiatif berbincang dengan syarikat konsesi lebuh raya terlibat.

“Pertama berita baik, Selamat Tahun Baharu Cina, jadi untuk itu, Menteri Kerja Raya dan Menteri Pengangkutan telah ambil inisiatif berbincang dengan syarikat konsesi dan bersetuju untuk tiada bayaran tol pada 20 dan 21 Januari,” katanya pada sidang akhbar di Perdana Putra di Putrajaya, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Perdana Menteri turut mengingatkan kesemua Menteri Kabinet meneliti secara serius teguran dilaporkan menerusi Laporan Ketua Audit Negara 2021 terutamanya melibatkan soal perbelanjaan, ketirisan selain tidak menepati syarat serta peraturan dalam peruntukan kewangan kementerian atau agensi terlibat.

Ujar beliau, tindakan itu supaya semua kesalahan disebut tidak berulang memandangkan laporan tersebut memberi syor-syor bersesuaian, namun kesilapan atau keterlanjuran sama tetap diteruskan tahun demi tahun.

“Ini merupakan laporan Ketua Audit Negara untuk tahun 2021, tetapi harus ada pengajaran dan minta menteri-menteri dalam mesyuarat pasca Kabinet meneliti semula teguran-teguran dibuat.

“Saya percaya mereka akan mengumumkan pada waktu sesuai dan akan dibentangkan pada sidang Parlimen akan datang,” katanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat Kabinet di Pejabat Perdana Menteri, di sini hari ini.

Menurut Perdana Menteri, Laporan Ketua Audit Negara adalah amat penting kerana jika dikesan berlaku kesilapan sama umapamanya kurang pengawasan, membiar ketirisan dan menyerah kepada syarikat yang tidak mengikut peraturan dan hal-hal lain.

“Cuma kita tak pilih untuk umumkan kerana memberi ruang kepada badan itu (yang disebut dalam laporan) untuk menajwab dan kadang-kadang jawapan itu agak munasabah,” katanya. 

-EDISI9

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan