32.7 C
Kuala Lumpur
Monday, March 27, 2023

5,035,073 kes COVID-19 dilapor sejak pandemik melanda

Dalam sekelip mata tiga tahun telah berlalu negara kita berhadapan dengan pandemik COVID-19.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

DALAM sekelip mata sahaja telah tiga tahun virus COVID-19 mencengkam seluruh dunia dan menjadi bebanan untuk masyarakat menjalani kehidupan ‘bebas’ tanpa rasa bimbang.

Di Malaysia sahaja, sejumlah 5,035,073 kes COVID-19 telah direkodkan setakat 24 Januari lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah keseluruhan sebanyak 36,932 kes kematian dan seramai 4,988,143 orang telah sembuh daripada virus ini sejak pandemik melanda.

“Dalam sekelip mata tiga tahun telah berlalu negara kita berhadapan dengan pandemik COVID-19.

“Kes pertama COVID-19 dikesan pada 25 Januari 2020, negara merekodkan kes COVID-19 pertama, ketika itu masih dikenali 2019-nCoV,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Sehubungan dengan itu, Noor Hisham turut mengingatkan kepada masyarakat supaya terus patuh kepada nasihat kesihatan.

Baca juga:   Hero Batang Kali meninggal dunia akibat serangan jantung

“Kita masih berada di fasa peralihan ke endemik, patuhilah kepada saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan.

“Iaitu; elakkan 3S, amalkan 3W, amalkan TRIIS dan dapatkan vaksin COVID-19 dos primer dan dos penggalak,” katanya.

Sejak pandemik melanda negara, beliau mengucapkan sekalung penghargaan kepada semua staf barisan hadapan.

“Semoga dipermudahkan segala urusan dalam membendung penularan COVID-19.

“Salam takziah juga kepada individu yang telah kehilangan ahli keluarga atau pun kenalan akibat COVID-19 ini.

“Marilah kita terus berdoa agar pandemik ini segera berakhir dan tidak lagi memudaratkan masyarakat di seluruh dunia.

Baca juga:   Wanita menderita akibat berat badan capai 150 kg

“Semoga Allah SWT selamatkan kita semua daripada COVID19. Insya-Allah,” katanya. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Tun M dakwa orang Melayu miskin selepas tidak lagi jadi PM

Tun Dr. Mahathir Mohamad mendakwa orang Melayu menjadi lebih miskin selepas beliau tidak lagi menjadi Perdana Menteri.  Menurut Dr.Mahathir, beliau...

Lagi Artikel Berkaitan