27.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 9, 2024

Polis siasat Jalur Gemilang dikibar bersama bendera Israel

Klip video itu berlaku September lalu ketika sekumpulan rakyat Malaysia melawat Tasik Galilee yang terletak dalam wilayah Israel

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

POLIS membuka kertas siasatan berhubung penyebaran klip video memaparkan sekumpulan individu menyanyikan lagu Negaraku dan mengibarkan Jalur Gemilang bersama-sama bendera Israel.

Siasatan berkenaan dilakukan susulan laporan polis yang diterima pada pukul 11.20 malam kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, pengadu memaklumkan dia melihat satu klip video berdurasi 47 saat berkaitan kejadian itu dalam kumpulan WhatsApp sebelum membuat laporan polis.

“Hasil siasatan mendapati kejadian dalam klip video itu berlaku pada September lalu, ketika sekumpulan rakyat Malaysia mengadakan lawatan ke Tasik Galilee yang terletak dalam kawasan jajahan Israel.

“Lawatan dibuat menerusi Ziarah Kembara yang dikendalikan sebuah agensi pelancongan tempatan dan ketika lawatan, lagu Negaraku dipasang dan dinyanyikan serta bendera Malaysia dikibarkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujar Ku Mashariman, kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Lagu Kebangsaan 1968 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.

Advertisements

Menurutnya, orang ramai dinasihatkan supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dan menyebarkan sebarang bahan berkaitan kejadian itu menerusi mana-mana platform.

“Ini bagi mengelakkan sebarang spekulasi dan provokasi sehingga menjejaskan siasatan polis serta menggugat ketenteraman awam.

“Klip video itu dipercayai diviralkan semula untuk dikaitkan dengan isu Israel yang sedang panas sekarang,” katanya.

Terdahulu, tular dalam laman sosial rakaman video berdurasi 47 saat yang mana lagu Negaraku dinyanyikan beberapa individu dan bendera Malaysia dikibarkan bersama dengan bendera Israel. 

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Selangor sah tarik diri Piala Sumbangsih bertemu JDT

SELANGOR FC (SFC) membuat keputusan untuk menarik diri daripada perlawanan Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta’azim di Stadium Sultan...

Lagi Artikel Berkaitan