34.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

PM sertai Munajat Ambang Tahun Baharu 2023

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JABATAN Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menjemput orang ramai hadir memeriahkan program Munajat Ambang Tahun Baharu 2023 bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Putra, Putrajaya esok.

Program pengisian malam tahun baharu 2023 itu bermula 6.30 petang dengan aktiviti jamuan makan malam diikuti solat Maghrib, solat hajat, bacaan Yasin dan doa selamat pada 7.15 malam.

Perdana Menteri kemudian dijadual memberi ucapan amanat khas pada 8 malam yang turut disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebelum menunaikan solat Isyak pada 8.30 malam.

Advertisements

“Pelbagai pengisian acara disajikan untuk kita semua. Kita jumpa di sana, insya-Allah,” menurut Jakim dalam hantaran di Facebook.

Sebelum ini, Anwar mengumumkan Sambutan Ambang Tahun Baharu 2023 di Dataran Merdeka yang sepatutnya diadakan esok dibatalkan berikutan keadaan beberapa negeri dilanda musibah banjir. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan