26.5 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Tiada tolak ansur elemen keganasan, gugat ketenteraman

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MENTERI Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memberi amaran keras bahawa tiada tolak ansur terhadap sebarang elemen keganasan yang boleh mengancam keselamatan negara serta menggugat ketenteraman awam.

Tegasnya, mana-mana pihak yang mempunyai hasrat bertentangan dengan undang-undang negara digesa agar segera menghentikannya.

“Malaysia ini negara yang cintakan keamanan dan perpaduan, hal sebegini sama sekali tidak akan dibenarkan menjalar di Malaysia.

“Komitmen tegas saya untuk melakukan apa jua usaha terdaya bagi memastikan Malaysia terus menjadi sebuah negara yang aman, makmur dan selamat untuk didiami oleh semua,” katanya hari ini.

Beliau turut menzahirkan rasa kesal dengan kejadian letupan yang berlaku di Ampang semalam hingga mengakibatkan satu nyawa terkorban.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan terperinci bagi mengetahui kejadian sebenar yang berlaku.

“Mereka yang bertanggungjawab akan dibawa ke muka pengadilan,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan seorang tukang masak maut akibat letupan bungkusan diletak di atas keretanya di hadapan sebuah restoran di Pandan Indah, Ampang Jaya, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.50 malam, mangsa berusia 28 tahun dilaporkan mahu mengalih sebuah bungkusan diletakkan di atas keretanya jenis Toyota Corolla Altis, selepas dikata dimaklumkan rakan sekerja mengenai bungkusan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, berkata bungkusan dalam plastik itu bagaimanapun dipercayai meletup secara tiba-tiba sebaik sahaja mangsa memegangnya. – Edisi 9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan