26.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, January 15, 2025

Tukang masak maut, bungkusan atas kereta meletup

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG tukang masak maut apabila bungkusan yang dijumpai di atas bonet kereta meletup ketika mangsa cuba mengambilnya dalam kejadian di Jalan Pandan Indah, Ampang malam tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam yang memaklumkan terdapat bunyi letupan di tempat kejadian, jam 8.55 malam.

“Mangsa seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun yang bekerja sebagai tukang masak dapati terdapat satu bungkusan yang ditinggalkan di atas bonet Toyota Corolla Altis.

“Apabila mangsa memegang bungkusan berkenaan, berlaku letupan yang dipercayai daripada bungkusan terbabit,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohamad Farouk berkata, mangsa yang parah pada bahagian badan dan tangan dibawa oleh orang awam ke Hospital Ampang.

Advertisements

“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia jam 9.45 malam tadi di Hospital Ampang.

“Siasatan di lokasi kejadian juga menemui berapa kesan akibat letupan iaitu kesan kemek pada kereta mangsa,”katanya.

Menurutnya, punca sebenar kejadian masih dalam siasatan polis.

Beliau berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh yang jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan SARA disalur kepada 700,000 penerima mulai esok

DALAM usaha berterusan untuk membantu golongan miskin dan miskin tegar, Kerajaan MADANI di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri...

Lagi Artikel Berkaitan