25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Dua pelajar UniKL lemas ketika mandi sungai

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERIANGAN tujuh pelajar Universiti Kuala Lumpur (UniKL) berkelah dan bermandi-manda berakhir tragedi apabila dua daripada mereka lemas di Sungai Syiling Peretak, tengah hari tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 12 tengah hari.

“Jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu terus bergegas ke lokasi kejadian pada pukul 12.21 tengah hari.

“Sebelum pasukan bomba tiba, mangsa pertama sudah dibawa naik rakan-rakan mereka sementara mangsa kedua ditemukan pada pukul 12.45 tengah hari ketika operasi pencarian dilakukan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Mengulas lanjut, Norazam berkata, mangsa dikenali sebagai Shaik Rahim Khan Salauddin dan Muhammad Arief Haiqal Azhan masing-masing berusia 21 tahun.

Menurutnya, kesemua pelajar itu dipercayai tiba di lokasi pagi tadi.

“Mayat mangsa kemudian terus dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk dibedah siasat,” katanya. – Edisi 9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan