24.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, February 2, 2023

Padah hina Agong lantik PM 10, lelaki ditahan polis

Kenyataan berbaur penghinaan itu adalah berkaitan pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG lelaki berusia 33 tahun ditangkap polis bagi membantu siasatan berhubung kenyataan berbaur penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Norsiah Mohd Saaduddin berkata, polis telah menerima laporan dan menjalankan siasatan terhadap kenyataan yang dimuat naik melalui akaun Facebook “As Bul”.

Menurutnya, kenyataan berbaur penghinaan itu adalah berkaitan pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10.

“Siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian D5, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman. Susulan itu polis dari JSJ Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak telah menahan seorang lelaki semalam bagi membantu siasatan.

Baca juga:   Masa sesuai laksana transformasi dalam pendidikan - Radzi

“Turut dirampas daripada suspek adalah satu unit telefon bombit jenama Vivo serta kad SIM yang dipercayai digunakan untuk memuat naik hantara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujar Norsiah lagi, suspek kini direman selama tiga hari sehingga 18 Disember ini untuk siasatan lanjut.

Menurutnya, kes diklasfikasikan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana mengeluarkan kenyataan yang berkecenderungan menghasut.

“Selain itu, kes turut disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian,” katanya.

Dalam pada itu, Noorsiah mengingatkan orang ramai suapa menjadi pengguna media sosial yang berhemah dan tidak menggunakan platform media sosial untuk membangkitkan kegusaran dan kebencian yang boleh menggugat keharmonian negara terutamanya melibatkan isu 3R (Rulers, religions dan Races).

Baca juga:   Polis siasat kes 'posting' kertas undi dalam laman sosial

“Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja menggugat ketenteraman serta keselamatan awam,” katanya.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

EMRAZ sasar 12,000 jemaah menerusi pembiayaan umrah AmBank Islamic

EMRAZ Travel & Tours (EMRAZ), sebuah agensi pelancongan dan pengendali umrah dan haji menyasarkan sebanyak 12,000 jemaah bakal menggunakan...

Lagi Artikel Berkaitan