26.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

MoU parti-parti politik kukuhkan Kerajaan Perpaduan

Empat gabungan politik memeterai perjanjian dengan PH, pukul 3.15 petang tadi bagi mengukuhkan kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

LIMA parti politik hari ini menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) bagi memperkukuhkan Kerajaan Perpaduan yang dibentuk selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu.

Kelima-kelima parti tersebut ialah Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (PRS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Warisan.

Mereka masing-masing diwakili oleh para pemimpin tertinggi masing-masing iaitu Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Pengerusi GPS, Tan Sri Abang Johari Abang Openg; Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor dan Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal selain Anwar sendiri sebagai Pengerusi PH.

Di bawah perjanjian tersebut, mereka menyatakan persetujuan menyokong usul undi percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan dibentangkan di Parlimen Isnin ini.

Mereka juga bersetuju untuk menyokong rang undang-undang perbekalan dan/atau apa-apa usul berbentuk prosedur yang mempunyai kesan kepada keabsahan Kerajaan Persekutuan, mengikut Perlembagaan Persekutuan.

Ia juga menetapkan setiap parti dan pihak perlu bertanggungjawab untuk menguruskan secara dalaman parti masing-masing, bagi memastikan sokongan parlimen untuk mengekalkan Kerajaan Perpaduan Malaysia dalam sebarang undian yang membawa kesan kepada keabsahan Kerajaan Perpaduan mengikut Perlembagaan Persekutuan.

Selain itu, semua gabungan yang menandatangani persefahaman itu juga bersetuju ia perlu memastikan setiap Ahli Parlimen mereka mengundi seperti klausa 4(a) dalam perjanjian berkenaan.

Sekiranya berlaku kegagalan, keengganan atau kecuaian mana-mana Ahli Parlimen dalam gabungan berkenaan berbuat demikian, perjanjian itu menyatakan ia perlu diambil kira sebagai pelanggaran tanggungjawab Ahli Parlimen secara individu kepada parti itu.

Advertisements

Justeru, itu dianggap sebagai perletakan jawatan dan/atau pemberhentian daripada menjadi Ahli Parlimen, manakala kerusi Ahli Parlimen terbabit dikosongkan seperti dalam kerangka maksud Artikel 49A(1) Perlembagaan Persekutuan.

Sementara itu Anwar berkata, semua parti dan gabungan politik yang menyertai perjanjian persefahaman kerjasama dengan PH sudah menyatakan komitmen mereka untuk terus menyokong Perdana Menteri.

Beliau berkata, komitmen mereka ialah menyokong sebuah kerajaan yang stabil dan berharap kerjasama itu akan berterusan sehingga penggal kali ini berakhir.

“Jika anda lihat apa yang sudah dirangka, perbincangan yang hebat (intense) untuk memahami, komitmennya untuk menyokong kerajaan yang stabil. Harapnya sehingga penggal berakhir,” katanya.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri yang juga Ketua Whip GPS, Datuk Seri Fadillah Yusof mengesahkan parti politik yang menyokong pentadbiran Anwar akan memeterai perjanjian berkaitan kerjasama itu, hari ini.

Menurutnya, langkah itu mendahului usul percaya yang bakal dibentangkan di Parlimen pada Isnin ini.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan