29.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

MQA komited tawar kepakaran kualiti pendidikan ke negara Islam

Inisiatif ini selaras dengan agenda KPT dalam menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan global dan menjadikan negara ini sebagai destinasi pilihan untuk menyambung pengajian.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

AGENSI Kelayakan Malaysia (MQA) bakal mengembangkan pembangunan kepakaran jaminan kualiti pendidikan tinggi ke peringkat global melalui penawaran program Certified Officer in Quality Assurance of Higher Education (Certified Officer in QA) terutama di negara Islam.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Prof. Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran berkata, MQA mempunyai potensi besar dalam menonjolkan kepakarannya ke luar negara terutama menerusi penawaran program Certified Officer in Quality Assurance bagi melahirkan pegawai jaminan kualiti bertauliah.

Beliau berkata, bagi tujuan itu, pihaknya mempunyai platform yang baik apabila diberi mandat untuk menerajui Association of Quality Assuarance Agencies of the Islamic World (IQA) selepas Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Jaminan Kualiti) MQA, Prof. Ir. Dr. Khairul Salleh Mohamed Sahari dilantik sebagai presiden organisasi berkenaan.

Katanya, MQA yang kini memimpin IQA perlu memanfaatkan peluang keemasan itu untuk menguar-uarkan lagi kewujudan program latihan Certified Officer kepada negara Islam.

Prof. Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran.

“Inisiatif ini selaras dengan agenda Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan global dan menarik minat lebih ramai pelajar antarabangsa menjadikan negara ini sebagai destinasi pilihan untuk menyambung pengajian.

“Program Certified Officer in QA akan melahirkan individu yang mahir dalam jaminan kualiti serta mampu membantu meningkatkan amalan jaminan kualiti dalaman di institusi pendidikan tinggi (IPT) masing-masing dalam memastikan standard program dipatuhi dan sentiasa ditambah baik selaras dengan prinsip amalan jaminan kualiti iaitu penambahbaikan berterusan,” katanya.

Advertisements

Mengulas lanjut, Mohammad Shatar yang juga Presiden Quality Assurance Network (AQAN) berkata, selain negara di Asia Barat, pihaknya juga melihat potensi di negara sekitar Asia Tenggara untuk menawarkan program Certified Officer in QA.

Beliau berkata, modul latihan yang dibangunkan sejak tahun 2017 dan mula ditawarkan sejak 2020 melalui Pusat Latihan Jaminan Kualiti Malaysia (MQATC) itu menjadi satu daripada usaha yang membanggakan dalam 25 tahun sejarah penubuhan MQA.

Program itu juga antara yang terawal iaitu agensi yang kelima dan yang pertama dari agensi kerajaan yang dipersijilkan oleh SIRIM LSP 29993:2017.

Katanya, pembangunan modul berstruktur terbabit telah dilaksanakan dengan gabungan pakar jaminan kualiti dalam negara MQA yang turut membabitkan pakar My Higher Education Institutions Quality Assurance Network (MyQan).

“Program ini boleh ditawarkan secara dalam talian atau hibrid, justeru tiada masalah untuk ditawarkan ke luar negara seterusnya mampu membantu memperkukuh jaminan kualiti di IPT serta pembangunan kapasiti badan jaminan kualiti di negara mereka,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan