30.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, January 29, 2023

Menteri… ini bukan masa bulan madu, rakyat sedang menunggu

Mesti Baca

Editor
Editor Edisi 9

SUDAH empat hari menteri-menteri Kabinet Kerajaan Perpaduan memasuki pejabat sejak Isnin lalu, selepas selesai mengangkat sumpah jawatan pada Jumaat.

Daripada 25 menteri Kabinet lantikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim setakat ini hanya beberapa menteri yang sudah mula bekerja dan sebahagian masih lagi dalam fasa bulan madu.

Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz merupakan menteri pertama yang mula menjalankan tugas rasminya.

Selesai mengangkat sumpah pada Sabtu, hari yang sama beliau masuk pejabat Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, bertemu para pegawai tinggi kementerian.

Esoknya, beliau ‘terbang’ mengiringi Yang di-Pertuan Agong ke Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) bagi menyaksikan majlis tandatangan perjanjian kerjasama antara Petronas dan Abu Dhabi Nationl Oil Company (ADNOC).

Anthony Loke Siew Foke pula ‘menyamar diri’ menaiki LRT ketika waktu puncak pada hari pertama memasuki pejabat Isnin lalu, untuk melihat sendiri perkhidmatan tren.

Sebagai Menteri Pengangkutan, beliau mengambil langkah segera untuk mengenal pasti masalah dihadapi pengguna dan rakyat, dan berusaha mencari jalan penyelesaian.

Begitu juga Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir yang pantas bertindak menyelesaikan isu rakyat Malaysia diserang di Dublin, Ireland dengan mengarahkah Wisma Putra membawa pulang mereka dalam keadaan selamat.

Bagi menteri-menteri yang berkaitan langsung dengan masalah yang dihadapi oleh rakyat terutama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup serta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, mereka sudah tentu menjadi perhatian umum.

Baca juga:   Bung Moktar kecewa pengumuman Kabinet pinggir Sabah

Ini kerana kertika kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) menteri-menteri berkenaan lantang menyuarakan isu tersebut, dan kini pengayuh sudah di tangan masing-masing.

Tiba masa mereka menggunakan buah fikiran mereka untuk menyelesaikan isu harga barangan yang melambung serta masalah bekalan makanan terutama telur ayam yang tiada dalam pasaran.

Daripada kedua-dua menteri berkenaan, hanya Datuk Seri Salehuddin Ayub yang mengadakan sidang media namun belum mengumumkan sebarang langkah drastik untuk menangandi isu harga barang.

Baca juga:   Banyak 'kerja rumah' bakal menanti Khairy di KKM

Mohamad Sabu pula, walaupun telah disebut oleh Perdana Menteri mengenai isu telur ayam, hanya mengeluarkan kenyataan media berhubung cadangan untuk mengimport telur ayam bagi mengatasi masalah bekalan.

Dalam hal ini, menteri-menteri Kabinet yang dilantik perlu menunjukkan kebolehan, keupayaan dan cara kerja yang efisyen masing-masing kerana rakyat kini bukan sahaja dapat melihat tetapi juga memberi pandangan masing-masing melalui media sosial.

Ibu bapa mahu Kementerian Pendidikan mengembalikan semula awal sesi persekolahan pada bulan Januari. – Gambar hiasan – Bernama

Jika menteri-menteri berkenaan terutama yang kali pertama menjawat jawatan berkenaan, masih asyik ‘berbulan madu’ sedangkan banyak isu yang perlu diberi perhatian, maka tidak mustahil mereka akan menjadi bahan kecaman.

Mereka perlu ingat, menjadi seorang menteri Kabinet bukanlah tiket bagi mereka untuk bersenang-lenang tetapi sebaliknya adalah untuk mereka menyerahkan jiwa dan raga mereka untuk rakyat.

Apatah lagi mereka menjadi kerajaan ketika keadaan negara yang masih berdepan dengan pandemik serta kejatuhan ekonomi yang teruk, sudah tentu perlukan perhatian segera.

Baca juga:   Potong gaji menteri tak selesai masalah kos sara hidup

Rakyat mahu melihat langkah segera dan pasti diambil untuk menangani masalah-masalah yang dihadapi mereka, tak kira sama ada secara makro mahupun mikro.

Pada masa yang sama, janganlah pula ada pihak-pihak yang membela para menteri yang lambat bergerak ini konon “kahwin hari ini takkan terus dapat anak.”

Ini semua ayat-ayat untuk mencari 1,001 alasan. Dan jangan lupa, kerajaan hari ini adalah juga sebahagian besarnya merupakan menteri-menteri dari parti yang sama yang dibentuk selepas PRU-14 lalu yang mana rakyat masih lagi belum melupakan kisah “manifesto bukan kitab suci.”

Justeru, diharapkan Kerajaan Perpaduan hari ini dan para menteri termasuk Perdana Menteri dapat memberi perhatian utama kepada isu-isu berkaitan rakyat.

Baca juga:   Agong selesai jalani rawatan keracunan makanan dan intervensi

Soal harga barangan harian, bahan-bahan binaan, kekurangan bekalan ayam, telur dan lain-lain. Begitu juga dengan soal kesempitan hidup yang diharungi oleh golongan tertentu, itu seharusnya didahulukan.

Ingat, anda semua sedang diperhati dan pada masa yang sama ada parti gabungan yang sedang menunggu untuk mengambil alih tampuk kekuasaan andai kerajaan hari ini sekiranya mereka juga menjadi ‘kerajaan gagal’.

Lagi pun PRU-15 belum berakhir kerana masih ada enam pilihan raya negeri yang belum dilangsungkan. Dan dalam tempoh tersebut, rakyat memerhati dan menilai. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Banjir: PDRM siap siaga gerakkan anggota tambahan

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa bersiap siaga bagi mengerakkan dan menambah pegawai termasuk anggota polis dari Bukit Aman bagi...

Lagi Artikel Berkaitan