27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Lebih 400 kenderaan buruk, tersadai ditunda di Putrajaya

Selain Presint 14 operasi hari ini sudah mengenal pasti 30 kenderaan buruk yang akan ditunda membabitkan Presint 15 dan Presint 9.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERBADANAN Putrajaya (PPj) dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Hartanah, Jabatan Perdana Menteri (JPM) sudah menunda lebih 400 kenderaan tersadai di sekitar Putrajaya sejak tahun 2016.

Pengarah PPj,Mohd Ali Jusoh berkata, kenderaan yang mempunyai pemilik itu kebanyakannya sudah rosak dan dibiar tersadai kerana memerlukan kos tinggi untuk dibaiki.

Menurutnya, walaupun sudah diberikan notis, pemilik lebih rela kenderaan mereka ditunda bagi menjimatkan kos mengalihkan sendiri kenderaan terbabit.

“Daripada jumlah yang ditunda itu hanya satu dan dua pemilik sahaja yang menuntut kenderaan mereka semula dan selebihnya telah dilupuskan menjadi besi buruk dengan kos anggaran RM100,000,” katanya kepada pemberita selepas menyertai Operasi Menunda Kereta Buruk Terbiar dan Tersadai di kuarters kerajaan di Presint 14 di Putrajaya hari ini.

Turut hadir, Timbalan Setiausaha Bahagian BPH, Mohd Shahrul Nizam Mohd Salleh dan Penolong Pengutkuasa PPj, Musa Ahmed.

Mohd Ali berkata, pemilik kenderaan sudah diberikan notis tiga bulan lebih awal termasuk membuat siasatan dengan pihak bank, polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Menurutnya, sekiranya pemilik masih berdegil dan tidak dapat dihubungi sepanjang tempoh ditetapkan untuk mengalihkan kenderaan tersebut baharulah tindakan tunda dijalankan.

Advertisements

“Pemilik kenderaan yang ditunda diberi tempoh selama enam bulan untuk menuntut semula kenderaan mereka dengan membayar upah tarik RM100, kompaun RM150 dan bayaran simpan kereta RM10 sehari.

“Pada tahun lalu PPj sudah melupuskan 60 buah kenderaan menjadi besi buruk dengan kos RM16, 00 bagi memberi pendidikan kepada penghuni kuarters menggunakan kemudahan pakir dengan sewajarnya,” katanya.

Ujar Mohd Ali lagi, selain Presint 14 operasi hari ini sudah mengenal pasti 30 kenderaan buruk yang akan ditunda membabitkan Presint 15 dan Presint 9.

Menurutnya, operasi secara kerjasama dengan BPH ini akan diteruskan dari masa ke semasa membabitkan 33 blok kuarters kerajaan bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif dalam kalangan penduduk dan mengelak unsur tidak sihat di kawasan kejiranan.

“Operasi ini juga bertujuan memupuk semangat dan sikap penduduk daripada mementingkan diri sendiri dengan menyalahgunakan kawasan pakir yang terhad,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

UM mohon maaf berhubung kenyataan penceramah pro-Israel

UNIVERSITI Malaya (UM) memohon maaf berhubung kenyataan kontroversi seorang penceramah jemputan pro-Israel yang menuduh tindakan ahli politik Malaysia menyokong...

Lagi Artikel Berkaitan