26.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Maut kereta terbabas langgar pokok

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG maut, manakala seorang lagi cedera selepas kereta dinaiki terbabas dan melanggar pokok di Jalan Ampang Pecah, berhampiran Taman Desa Damai, Kuala Kubu Bharu, pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian jam 6.05 pagi.

“Sepasukan tujuh anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Sentosa telah bergegas ke lokasi selepas menerima maklumat.

“Setiba dilokasi, kemalangan membabitkan kereta Perodua Myvi dan terdapat dua lelaki berusia 24 tahun di dalamnya.

“Salah seorang mangsa berjaya dikeluarkan orang awam, seorang lagi tersepit di tempat duduk pemandu,” katanya di sini.

Norazam berkata, anggota bomba kemudian melakukan kerja-kerja pemotongan menggunakan peralatan hidraulik untuk mengeluarkan mangsa tersepit yang kemudiannya disahkan sudah meninggal dunia oleh pasukan perubatan.

“Mangsa dipercayai tersepit kira-kira satu jam. Kedua-dua lelaki itu adalah rakan dan mereka dalam perjalanan dari Rasa menghala ke Kuala Kubu Bharu,” katanya.

Katanya, mayat kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. – Edisi 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan