24.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Lebih 100 rumah roboh dilanda ombak, angin kencang

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

LEBIH 100 rumah di perkampungan atas air roboh akibat dipukul ombak dan angin kencang dalam kejadian di Jalan Buli Sim-Sim Kampung Forest, di Sandakan, Sabah, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam itu, dianggarkan 500 rumah turut terancam berikutan fenomena air pasang di kawasan berkenaan.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan Nor Azizi Che Noh berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 10.14 malam.

“Berdasarkan laporan, dianggarkan lebih 100 rumah telah roboh dan 500 lagi rumah terancam akibat fenomena air pasang.

“Tindakan pamantauan masih dijalankan dan maklumat akan dikemas kini dari semasa ke semasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisements

Sementara itu, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Sandakan melaporkan pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Anib 2 telah dibuka bagi menempatkan semua mangsa yang terjejas di Kampung Forest.

Seramai 162 mangsa dari 29 ketua isi rumah (KIR) di Kampung Forest telah dikenal pasti terjejas akibat ribut dan dipindahkan ke PPS berkenaan.

Angka itu menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang ditempatkan di PPS seluruh Sabah termasuk mangsa banjir ialah seramai 1,149 daripada 284 KIR.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan