26.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, January 29, 2023

KKD teliti isu pengambilalihan pengurusan Menara KL

KKD memantau rapat perkembangan itu dan sedia memberi kerjasama penuh sekiranya pihak berkuasa melakukan sebarang siasatan berhubung isu berkenaan.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Komunikasi dan Digital (KKD) sedang meneliti isu pengambilalihan pengurusan Menara Kuala Lumpur (Menara KL) oleh syarikat Hydroshoppe Sdn Bhd.

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata beliau telah menerima taklimat terperinci berkaitan konsensi pengurusan Menara KL pada 14 Disember lalu.

“Saya memandang serius isu dibangkitkan menerusi media sosial serta soalan-soalan ditanya berhubung pengambilalihan pengurusan Menara KL melalui pegangan saham penuh daripada pihak Telekom Malaysia (TM) melalui anak syarikatnya Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd (MKLSB) kepada syarikat Hydroshoppe Sdn Bhd.

“Saya telah menerima taklimat terperinci berkaitan konsesi pengurusan Menara KL daripada kementerian pada 14 Disember lalu dan akan menerima satu taklimat menyeluruh berhubung perkara ini daripada TM pada 3 Januari ini,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Baca juga:   'Scammer' buat 1.8 bilion panggilan sasar mangsa sejak 2017

Fahmi berkata, beliau difahamkan konsesi pengurusan Menara KL kini dalam tempoh interim ketiga sehingga 31 Disember 2022 oleh MKLSB.

Katanya, KKD memantau rapat perkembangan itu dan sedia memberi kerjasama penuh sekiranya pihak berkuasa melakukan sebarang siasatan berhubung isu berkenaan.

Baru-baru ini, tular di media sosial dakwaan bahawa TM telah menjual anak syarikat yang menguruskan Menara KL kepada syarikat Hydroshoppe Sdn Bhd.- Edisi 9

Wartawan

Terkini

Sepasang bot kenka ditahan, tangkap ikan kawasan larangan

ZON Maritim Kuala Kurau telah menahan dua bot nelayan tempatan jenis pukat kenka di kedudukan 12.1 batu nautika barat...

Lagi Artikel Berkaitan