Thursday, June 4, 2026

Operasi oleh MKLSB tidak sah, Menara KL ditutup sementara

Mesti Baca

PENDUDUKAN syarikat Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd (MKLSB) di atas tapak Menara Kuala Lumpur selepas 31 Mac adalah tidak sah, kata Kementerian Komunikasi.

Ini kerana, menurut kementerian itu, mulai 1 April lalu, pengoperasian, pengurusan dan penyelenggaraan menara yang menjadi ikonik ibu negara itu telah diambil alih oleh syarikat LSH Service Master Sdn. Bhd. (LSHSM).

Lagi pun tegasnya, Menara Kuala Lumpur merupakan hak milik kerajaan.

“Sehubungan dengan itu, Pesuruhjaya Tanah Persekutuan telah mengemukakan dua notis pengosongan kepada pihak MKLSB melalui surat bertarikh 3 April 2025 dan 9 April 2025. 

“Oleh itu, sebarang pengoperasian dan urus niaga yang masih dijalankan oleh MKLSB hingga kini adalah tanpa kebenaran kerajaan,” kata Kementerian Komunikasi dalam kenyataan lewat malam tadi.

Kementerian itu berkata, demi keselamatan dan keselesaan pengunjung Menara Kuala Lumpur juga akan ditutup kepada umum untuk sementara waktu mulai hari ini.

Katanya, ini bagi memberi ruang kepada pengurusan baharu untuk membuat kerja-kerja penyelenggaraan dan penambahbaikan ke atas bangunan tersebut.

Bagaimana pun tarikh pembukaan semula belum dapat dipastikan dan ia akan dimaklumkan melalui pelbagai saluran media. – Edisi 9

Related posts:

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan