Wednesday, July 22, 2026

MRSM Kepala Batas dicadang diganti nama Tun Abdullah Badawi

Mesti Baca

MAJLIS Amanah Rakyat (MARA) bercadang untuk menamakan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kepala Batas kepada MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pertukaran nama MRSM tersebut sebagai mengenai jasa Perdana Menteri Kelima tersebut.

Beliau berkata, cadangan itu akan dikemukakan kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah yang bertanggungjawab ke atas MARA dalam masa terdekat.

“Antara justifikasi penting bukan sahaja mengenang jasa Almarhum Tun Abdullah atau Pak Lah selaku bekas Perana Menteri Malaysia. 

“Bahkan zaman beliaulah agenda Ulul-Albab ini mula diperkenalkan bagi membangunkan modal insan yang seimbang dan holistik bukan sahaja dalam ilmu sains dan teknologi tetapi menguasai al-Quran di bawah dasar Islam Hadhari. 

Atas sebab itulah, katanya, Abdullah yang juga mantan Ahli Parlimen Kepala Batas dikenali sebagai Bapa Pembangunan Modal Insan.

Abdullah, 85, meninggal dunia di Institut Jantung Negara Selasa lalu dan dikebumikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara Kuala Lumpur.

Sebelum ini MARA telah menamakan MRSM Jasin kepada MRSM Tun Ghafar Baba sebagai mengenang jasa bekas Timbalan Perdana Menteri itu. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan