33.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Damac Group rancang tubuh pusat data di Malaysia – Fahmi

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SYARIKAT gergasi Emiriah Arab Bersatu (UAE), Damac Group merancang untuk menubuhkan pusat data di negara ini dengan nilai pelaburan sebanyak RM250 juta.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, perkara tersebut dinyatakan pengasas Damac Group, Hussain Sajwani dalam pertemuan di Dubai, semalam.

Katanya, pusat data tersebut akan memberi tumpuan kepada pelanggan runcit dan perusahaan.

“Hussain menegaskan untuk membina pusat data ini secepat mungkin.

“Kestabilan politik, infrastruktur yang baik dan dasar kerajaan Perpaduan menjadikan Malaysia daya tarikan pelabur,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Advertisements

Fahmi kini dalam rangka lawatan kerja selama empat hari di UAE sejak Isnin lalu.

Terdahulu, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu mengadakan pertemuan dua hala dengan Menteri Teknologi Maklumat dan Telekomunikasi Pakistan, Dr. Umar Saif di Gulf Information Technology Exhibition (Gitex) Global 2023.

“Kami saling berkongsi pengalaman membangunkan infrastruktur digital di negara masing-masing.

“Kami turut menerokai peluang kerjasama dalam keselamatan siber serta meningkatkan perdagangan ekonomi digital,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

MB Perlis ditahan SPRM bantu siasatan salah guna kuasa

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli bagi membantu siasatan dakwan salah guna...

Lagi Artikel Berkaitan