30.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, January 29, 2023

Judi Piala Dunia: 412 ‘bookie’ ditahan sejak 19 November

Sebanyak 52 kertas siasatan berjaya dituduh manakala sebanyak tujuh lagi telah disabitkan dan dijatuhkan hukuman oleh mahkamah.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SERAMAI 412 individu disyaki terlibat kegiatan judi bola sepak sepanjang kejohanan Piala Dunia Qatar ditahan menerusi 348 serbuan Op Soga IX di seluruh negara sejak 19 November sehingga hari ini.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd Saadudin berkata, sepanjang tempoh tersebut, sebanyak 348 kertas siasatan telah dibuka dan dari jumlah tersebut, sebanyak 289 kertas siasatan masih dalam tindakan.

“Sebanyak 52 kertas siasatan berjaya dituduh manakala sebanyak tujuh lagi telah disabitkan dan dijatuhkan hukuman oleh mahkamah.

“Kesemua tangkapan merupakan bookie atau punter dan telah direman untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, tangkapan terbanyak melibatkan serbuan di negeri Selangor seramai 135 suspek, diikuti Johor (51), Kuala Lumpur (43) dan Sarawak (34).

Baca juga:   Pelajar IPT ditahan miliki bahan pornografi kanak-kanak

Noorsiah berkata, pihaknya turut merampas pelbagai peralatan termasuk kredit di dalam perisian bernilai RM10.60 juta, wang tunai RM417,613; dolar Hong Kong 382,295 dan dolar Singapura 500.

“Dalam pada itu, polis juga turut merampas 20 unit komputer, 11 komputer riba , dua tablet, 496 telefon bimbit, 11 penghala (router), 207 kad sim dan 103 helai catitan disyaki pertaruhan.

“Siasatan dijalankan di bawah Akta Pertaruhan 1953 dan Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” ujar beliau.

Katanya, PDRM akan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang menganjur dan menjalankan pertaruhan, berlandaskan undang-undang sedia ada dalam usaha menangani aktiviti perjudian.

Baca juga:   MPAJ batal lesen premis tular tikus 'jilat' ayam goreng

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kegiatan perjudian, boleh salurkan maklumat tersebut melalui Hotline Whatsapp Op Soga IX di talian 016-5773477. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Banjir: PDRM siap siaga gerakkan anggota tambahan

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa bersiap siaga bagi mengerakkan dan menambah pegawai termasuk anggota polis dari Bukit Aman bagi...

Lagi Artikel Berkaitan