Saturday, June 13, 2026

Pemilihan Speaker, undi percaya PM agenda Parlimen

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PEMILIHAN Yang Dipertua Dewan Rakyat dan undi percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan agenda utama sidang Parlimen Ke-15 yang diadakan pada 19 dan 20 Disember ini.

Setiausaha Dewan Rakyat, Nizam Mydin Bacha Mydin berkata, sesi dimulakan dengan pemilihan Yang Dipertua diikuti majlis mengangkat sumpah ahli-ahli Parlimen.

Beliau berkata, turut diadakan ialah pemilihan Timbalan-timbalan Yang Dipertua dewan manakala usul percaya terhadap Perdana Menteri disenaraikan pada perkara kelapan agenda mesyuarat tersebut.

Helaian pertama daripada tiga helaian notis yang dikeluarkan oleh Setiausaha Dewan Rakyat.

“Bagi urusan-urusan Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama, Parlimen ke-15, pertanyaan-pertanyaan bagi jawapan lisan dan jawapan bertulis, pertanyaan-pertanyaan menteri serta usul tidak perlu dikemukakan,” katanya dalam notis mesyuarat.

Jawatan Yang di-Pertua Dewan Rakyat ketika ini disandang oleh Tan Sri Azhar Azizan Harun manakala Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Mohd Rashid Hasnon.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata, undi percaya terhadapnya akan tetap dibentangkan pada persidangan Dewan Rakyat bagi membuktikan keabsahannya sebagai Perdana Menteri ke-10.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dilantik sebagai Perdana Menteri selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 24 November lalu. – Edisi 9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan