30.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, January 29, 2023

Acryl Sani, kepimpinan PDRM kunjungi Anwar

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KETUA Polis Negara (KPN), Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani hari ini mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.

Kunjungan julung kali diadakan selepas Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri itu turut dihadiri oleh Timbalan KPN, Tan Sri Razarudin Husain bersama barisan Pengarah Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Pertemuan yang diadakan hampir dua jam itu membincangkan isu-isu semasa dan taklimat berhubung keselamatan negara,” kata kenyataan PDRM.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dan Setiausaha Polis Malaysia, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin.

Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10.

Pelantikan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) yang juga Presiden PKR itu diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selepas perbincangan khas dengan Raja-Raja Melayu di Istana Negara, 24 November lalu. – Edisi 9

Baca juga:   Imigresen tahan 15 wanita asing terlibat kegiatan pelacuran

Wartawan

Terkini

Banjir: PDRM siap siaga gerakkan anggota tambahan

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa bersiap siaga bagi mengerakkan dan menambah pegawai termasuk anggota polis dari Bukit Aman bagi...

Lagi Artikel Berkaitan