30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan bakal terjawab hari ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TEKA-teki mengenai barisan Kabinet Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Kerajaan Perpaduan dijangka terjawab pada hari ini.

Mereka yang dilantik menganggotai Kabinet dijangka mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong pada Sabtu.

Terdahulu, kenderaan membawa Perdana Menteri dilihat tiba memasuki pintu 1 Istana Negara sekitar jam 8.20 pagi di Istana Negara bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Difahamkan, Perdana Menteri dijangka mempersembahkan senarai jemaah Kabinet Kerajaan Perpaduan bagi mendapat perkenan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Advertisements

Anwar, 75, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 pada 24 November, juga dijangka melantik dua timbalan perdana menteri.

Pada sidang akhbar pertamanya selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri, Anwar memaklumkan bahawa Kerajaan Perpaduan yang diterajuinya akan memiliki saiz Kabinet yang lebih kecil.

Beliau turut dilaporkan berkata, akan mengusulkan supaya gaji menteri dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan nanti dikurangkan susulan perkembangan situasi ekonomi terkini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan