36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Anwar bertemu penyokong, pejuang gerakan reformasi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

DATUK Seri Anwar Ibrahim bertemu penyokongnya yang bersama dari awal dalam memperjuang gerakan reformasi pada Majlis Ramah Mesra Reformis di Kajang, malam tadi.

Perdana Menteri yang juga Presiden PKR, berkata biarpun ada antara penggerak awal gerakan reformasi telah tiada tetapi pejuangan mereka masih diteruskan.

“Malam ini saya bersama dengan para pendukung yang setia yang menjadi antara penggerak awal gerakan reformasi.

“Meski ramai yang telah tiada, namun kejayaan kita hari ini ternyata terpacul dari gelombang kesedaran rakyat yang digerakkan pejuang massa,” katanya dalam hantaran Facebook di sini.

Anwar berkata, beliau turut sedar kini muncul watak-watak yang mencari peluang memenuhi tembolok sendiri dan sanggup mengkhianati perjuangan.

“Namun, kita kini telah berada di fasa baharu di mana kita harus bekerja bersama dalam satu pasukan dengan tekad mengenai bagaimana semangat islah itu mampu diterjemahkan dalam bentuk kebijakan yang menggarap hak untuk semua.

“Saya menggesa teman-teman untuk terus menjadi jurubicara rakyat dan sebarkan mesej-mesej pencerahan demi rakyat terbanyak!,”katanya. – Edisi 9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan