24.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

HSHK Cameron Highlands mulakan pembedahan anestesia am

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

HOSPITAL Sultanah Hajjah Kalsom (HSHK) Cameron Highlands, Pahang kini secara rasmi memulakan operasi pembedahan anestesia am hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata perkhidmatan itu dijalankan dengan bantuan kepakaran dan tenaga kerja daripada Hospital Kuala Lipis dan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan.

“Kejayaan ini boleh mengurangkan beban pembedahan yang sebelum ini tertumpu di Hospital Kuala Lipis sebagai hospital rujukan,” katanya hari ini.

Menurut Noor Hisham, HSHK Cameron Highlands merupakan Non-Lead Hospital di bawah Kluster Pahang Barat yang diketuai oleh Hospital Kuala Lipis sebagai Lead Hospital dan telah beroperasi bermula 1 Januari 2007.

“HSHK Cameron Highlands mula beroperasi dengan menyediakan kemudahan sebanyak 28 buah katil tetapi bermula tahun 2015 hingga kini bilangan katil adalah sebanyak 40 katil.

Advertisements

“Kini, HSHK Cameron Highlands telah mempunyai 218 orang kakitangan dari pelbagai kategori jawatan,” katanya.

Noor Hisham berkata, Jabatan Kesihatan Negeri Pahang bersama Perkhidmatan Anestesiologi Negeri Pahang merancang untuk mengoptimumkan penggunaan hospital tersebut dengan memulakan perkhidmatan secara Global Surgery.

Beliau berkata, perkhidmatan yang dimulakan di HSHK Cameron Highlands melibatkan perkhidmatan pembedahan am, orthopedik dan ginekologi.

“Dengan pengoperasian secara Global Surgery, hospital ini dapat mengembangkan perkhidmatan pembedahan untuk masyarakat di Cameron Highlands berdasarkan kemudahan infrastruktur sedia ada dan berkemampuan untuk ditambah baik,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan