24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, February 3, 2023

19 nelayan ditahan positif dadah

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SERAMAI 19 nelayan ditahan kerana didapati positif dadah jenis Methaphetamine ketika serbuan dilaksanakan pihak berkuasa di sekitar perairan Kuala Kedah, semalam.

Serbuan Op Bersepadu oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melalui Zon Maritim Kuala Kedah bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) daerah Kota Setar dan Pokok Sena itu telah dilakukan kira-kira pukul 10 pagi.

Timbalan Pengarah (Operasi) Zon Maritim Kuala Kedah, Leftenan Maritim Zool Hilmi Mohd Nadzir berkata, kesemua yang ditahan merupakan warga tempatan berumur dalam lingkungan umur 25 hingga 50 tahun.

Beliau berkata, operasi serbuan kali ini memfokuskan di jeti-jeti nelayan sekitar muara Kuala Kedah serta pemeriksaan secara rawak ke atas bot mereka.

“Hasil operasi ini, seramai 19 orang ditahan dan didapati positif dadah jenis Methaphetamine serta sebuah bot nelayan tempatan Kelas B turut ditahan atas kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985.

Baca juga:   Maritim tahan bot nelayan Vietnam bersama 300kg ikan

“Kesemua mereka yang ditahan telah diserahkan kepada AADK untuk tindakan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, operasi ini dilakukan di Kuala Kedah, melibatkan kekuatan 60 pegawai dan anggota dari kedua-dua agensi.

Ujarnya, Maritim Malaysia tidak akan berkompromi terhadap sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang di perairan negara. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Cerun runtuh: Jalan depan Balai Polis Senawang ditutup sementara

JALAN Persiaran Senawang 3 (N035) berhadapan Balai Polis Senawang, ditutup sementara kepada semua jenis kenderaan akibat cerun runtuh di...

Lagi Artikel Berkaitan