29.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, January 29, 2023

Dakwaan kerajaan beri pengiktirafan UEC palsu – JPM

Akaun yang menyatakan kandungan sedemikian dan dicipta menyerupai akaun media sosial Anwar adalah palsu.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN tidak pernah memberikan sebarang pengiktirafan serta kelulusan terhadap Sijil Peperiksaan Bersama Sekolah Menengah Persendirian Cina (UEC).

Jabatan Perdana Menteri (JPM) dalam kenyataan menjelaskan, dakwaan kononnya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan kelulusan itu menerusi satu akaun media sosialnya adalah tidak benar.

Malah menurut kenyataan itu lagi, akaun yang menyatakan kandungan sedemikian dan dicipta menyerupai akaun media sosial Anwar adalah palsu.

“JPM ingin merujuk kepada posting (hantaran) yang tular di media sosial khususnya di Twitter bertajuk ‘Pengiktirafan UEC akan dibincangkan di peringkat kementerian dan usul ini akan diluluskan kelak oleh Kerajaan Perpaduan selaras dengan manifesto Pakatan Harapan’.

“Maklumat melalui akaun media sosial itu adalah palsu. Orang ramai diminta agar tidak menyebarkan atau berkongsi sebarang maklumat yang tidak pasti atau palsu,” katanya.

Baca juga:   Pas tolak syarat UMNO, kekal guna lambang 'Perikatan Nasional'

Anwar turut membuat hantaran perbandingan akaun sebenar media sosialnya serta akaun palsu berkenaan.

Terdahulu, Dong Zong dalam kenyataan memohon pengiktirafan UEC dibincang secara rasional berikutan ia membabitkan isu akademik.

Tindakan itu bagaimanapun mencetuskan kemarahan apabila beberapa pihak dilaporkan melalui portal berita meminta Dong Zong tidak rakus dalam membuat tuntutan itu.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

LPPKN, JKN gempur saringan HPV DNA di seluruh negara

LEMBAGA Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) melaksanakan program Gempur Saringan HPV DNA...

Lagi Artikel Berkaitan