34.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 19, 2024

Banjir: PDRM terima sumbangan bot daripada 7-Eleven

Syarikat 7-Eleven Malaysia juga menyumbangkan 300 helai "foam life jacket" kepada PDRM serta bungkusan makanan untuk diagih-agihkan kepada mangsa banjir.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menerima sumbangan 30 buah inflatable boat daripada Syarikat 7-Eleven Malaysia Sdn. Bhd. untuk kegunaan misi bantuan banjir di Markas Operasi Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 1 di Putrajaya, hari ini.

Selain bot yang dilengkapi enjin dengan 20 kuasa kuda (hp) dan 15 hp, Syarikat 7-Eleven Malaysia juga menyumbangkan 300 helai foam life jacket kepada PDRM serta bungkusan makanan untuk diagih-agihkan kepada mangsa banjir kelak.

Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, penambahan aset dan peralatan menyelamat yang diterima itu antaranya 30 bot dan 300 jaket keselamatan, akan membantu meningkatkan kualiti PDRM khususnya dalam operasi banjir.

“Bot berkenaan akan diagihkan kepada jabatan PDRM iaitu 12 unit bagi Pasukan Gerakan Am, Pasukan Simpanan Persekutuan (sembilan), Pasukan Polis Marin (lima) serta Unit Tindak Khas dan 69 Komando masing-masing menerima dua unit,” katanya pada Majlis Penyerahan Sumbangan dan Bantuan Misi Bencana Banjir di Putrajaya, hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Seri Hazani Ghazali.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Syarikat 7-Eleven Malaysia, Tan U-Ming dan Wong Wai Keong.

Sementara itu, Hazani berkata PDRM telah bersedia sepenuhnya untuk berdepan situasi banjir dan pascabanjir.

“Kita dah sedia, hampir 70,000 anggota campuran semua agensi antaranya polis, tentera, memang semua agensi dah bersedia termasuk pasukan sokongan,” katanya.

Gimik penyerahan replika kunci bot kepada PDRM turut disaksikan Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), DCP Gilbert Philip Layang, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, DCP Datuk Yahaya Othman, Komander Pasukan Gerakan Udara DCP Datuk Noor Sham Md. Jani, Komander PPM SAC Rosman Ismail, Komander 69 Komando, SAC Hamzah Hashim dan Komander Pasukan Simpanan Persekutuan, SAC Mohd Said Ibrahim.

Tetamu yang hadir turut dihidangkan dengan demonstrasi pantas menyelamat oleh Pegawai dan Anggota PPM di Tasik Putrajaya, sebagai tirai penutup majlis. – Edisi 9

Terkini

Keputusan peperiksaan STAM 2023 diumum 26 Mac ini – KPM

KEPUTUSAN Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) bagi tahun 2023 akan dikeluarkan pada hari Selasa, 26 Mac ini. Kementerian Pendidikan...

Lagi Artikel Berkaitan